Home Kdrama/Kmovie Movie Officer Black Belt, Filem Aksi Komedi Hitam Tampilkan Kim Woo Bin Membanteras...

Officer Black Belt, Filem Aksi Komedi Hitam Tampilkan Kim Woo Bin Membanteras Penjenayah Kejam

0

Sekali lagi Netflix memanjakan pencinta filem Korea dengan mengeluarkan filem Korea baharu bertajuk Officer Black Belt.

Officer Black Belt ialah sebuah filem terbitan daripada pengarah Midnight Runners Jason Kim dengan genre aksi dan komedi hitam (black comedy). Jason Kim juga orang di sebalik tabir siri Netflix Bloodhounds yang berjaya mencapai senarai 10 TV Teratas Global di 83 negara.

Menariknya lagi, filem Officer Black Belt ini dibintangi oleh beberapa bintang Korea yang terkenal seperti Kim Woo Bin, Kim Sung Kyun, dan Kim Ji An.

Filem Officer Black Belt memfokuskan kepada kerjasama antara penyelia dan pegawai seni mempertahankan diri di Kementerian Kehakiman Korea untuk menyekat jenayah dengan cara mereka sendiri.

Jadi, bagaimanakah jalan cerita filem lakonan Kim Woo Bin ini? Berikut adalah ringkasan lengkap maklumat tersebut.

⚠️AMARAN! Filem ini tidak sesuai untuk tontonan bawah 18 tahun, kerana terdapatnya adegan-adegan ganas, gangguan seksual dan rogol.

IMG 2232

Lee Jung Do (Kim Woo Bin) bekerja sebagai budak penghantar makanan di restoran ayahnya. Dari segi penampilan, dia seorang lelaki biasa yang suka bermain dengan rakan-rakannya di kafe internet. Seperti lelaki kebiasaan di Korea, dia juga suka menghabiskan masa minum bersama rakan-rakannya.

Apa yang membuatkan dia hebat ialah dia seorang genius dalam seni mempertahankan diri. Dia mempunyai sembilan tali pinggang hitam (peringkat tertinggi) daripada pelbagai sukan seni mempertahankan diri, dari taekwondo, kendo, hingga judo. Apabila dia melihat seseorang dalam kesusahan, dia tidak berfikir dua kali untuk membantu mereka.

IMG 2234

Pada suatu hari, Lee Jung Do kebetulan melihat seorang pegawai seni bela diri diserang oleh seseorang. Akhirnya dia dapat menyelamatkan pegawai itu. Selepas menyaksikan kes serangan dan campur tangan dengan berani, dia telah dianugerahkan anugerah sebagai warga contoh dan dijemput untuk berkhidmat sebagai pegawai seni pertahanan diri.

IMG 2233

Lee Jung Do diminta menggantikan pegawai yang cedera itu selama 5 minggu. Dia kemudian diminta membantu seorang lelaki bernama Kim Sun Min (Kim Sung Kyun). Dia seorang pegawai percubaan atau pelatih yang ditugaskan untuk menjaga semua pelaku ganas yang sedang dalam tempoh percubaan.

Semua banduan tersebut dipasang dengan gelang buku lali elektronik. Gelang itu mempunyai teknologi yang dipasang yang membolehkan pihak berkuasa memantau tahanan sepanjang masa.

Sebagai pegawai seni mempertahankan diri, tugas Lee Jung Do adalah membantu pasukannya dalam situasi berbahaya dan sentiasa bersedia secara fizikal untuk bertarung.

Officer black belt

Semasa Lee Jung Do bekerja dengan Kim Sun Min, Kim Sun Min menyedari bakatnya untuk bertarung dan mengesyorkan agar dia bekerja sepenuh masa sebagai pegawai seni mempertahankan diri. Ini juga menandakan permulaan pengembaraan mereka bersama membanteras jenayah.

Ketegangan meningkat apabila penjenayah berbahaya bernama Kang Ki Jung dibebaskan selepas menghabiskan 20 tahun di penjara. Berazam untuk menghalang potensi jenayah baharu, Jung Do mula menjalankan misinya sendiri.

Saksikan adegan-adegan mendebarkan serta penuh ketegangan Kim Woo Bin dan Kim Sung Kyun bersama memerangi penjenayah kejam dalam “Officer Black Belt”, yang anda boleh tonton dan strim di Netflix sekarang!

Baca lagi: Kim Young Dae Bawa Watak Jejaka Penuh Misteri dalam No Gain No Love, Banyak Simpan Rahsia
Baca juga: Kdrama 2 Episod “Our Beautiful Summer” Tayang 14&15 September, Kisah Suka Duka Remaja