Home Kdrama/Kmovie Oh Min Suk Berjaya Bawa Watak Jahat dalam Queen of Divorce, Sanggup...

Oh Min Suk Berjaya Bawa Watak Jahat dalam Queen of Divorce, Sanggup Membunuh demi Cita-cita

0

Dalam drama siri terbaru Queen of Divorce yang ditayangkan di Viu, Noh Yul Seong (Oh Min Suk) merupakan anak lelaki tunggal kepada keluarga kaya raya yang sangat dihormati dalam bidang undang-undang. Semua aspek kehidupannya memang diatur oleh ibunya yang kuku besi dan tamak haloba.

Lebih dahsyat lagi, Kim Sa Ra (Lee Ji Ah) yang merupakan isteri Noh Yul Seong menderita disebabkan kelakuan ibu mertuanya sepanjang tempoh 10 tahun perkahwinan mereka.

Oleh kerana keluarga tersebut adalah pemilik Firma Guaman Chayul yang terkenal, mereka sangat kebal dalam melakukan segala kesalahan dan jenayah yang pastinya melanggar undang-undang. Noh Yul Seong dan ibunya selalu ‘membeli’ undang-undang melalui wang dan kuasa yang mereka miliki. Tidak hairanlah, banyak kejahatan mereka dimanipulasi dengan mudah.

Sebagai watak antagonis utama, Oh Min Suk nampaknya berjaya membawa watak lelaki berhati iblis yang sangat dingin dan jahat. Wataknya dalam drama ini berjaya membuatkan para penonton sakit hati dan dihentam emosi.

IMG 4430

Berikut ini adalah beberapa kejahatan dan jenayah Noh Yul Seong yang dibantu oleh ibunya dalam Queen of Divorce. Boleh buat sakit hati tau!

 

Queen of divorce

1. Noh Yul Seong curang terhadap isterinya, Kim Sa Ra. Wanita simpanannya juga dibunuh dan kes pembunuhan itu ditutup sebagai kes bunuh diri.

 

095d5e14 6c24 4c22 a9d5 789d59ddb50f

2. Dia memalsukan dokumen kewarganegaraan milik anak lelakinya untuk mendaftarkan anaknya itu ke sekolah berprestij. 

 

IMG 4433

3. Tidak cukup dengan berlaku curang, Noh Yul Seong menjadikan isterinya, Kim Sa Ra sebagai kambing hitam atas kes pemalsuan dokumen demi melancarkan proses penceraian dan untuk menuntut hak jagaan anak. 

Baca juga: Terbaru di Viu – Queen Of Divorce, Gabungan Menarik Lee Ji Ah dan Kang Ki Young

IMG 4431

4. Dia mahu berkahwin kali kedua dengan anak perempuan pegawai tertinggi undang-undang. Tujuannya adalah untuk mendapatkan sokongan dan dana untuk projek sekolah undang-undang milik keluarganya.

 

IMG 44175. Menggunakan pengaruh dan kuasa ketua jabatan pendakwa raya untuk melepaskan diri dari kes-kes jenayah berat yang menjeratnya.

 

 

IMG 44276. Dia sanggup membunuh ibu kandung Kim Sa Ra kerana wanita tua itu memiliki bukti-bukti kejahatannya. Kes pembunuhan ibu mertuanya juga ditutup sebagai kes bunuh diri.

Baca lagi: Cha Eun Woo Sedang Dilamun Cinta dengan Pelakon Dari Amerika?

IMG 4426

7. Sebagai peguam, dia sangat aktif melindungi dan membela kes yang melibatkan pegawai-pegawai tertinggi jabatan undang-undang dan pihak berkuasa lain demi menjaga periuk nasi dan pengaruh peribadinya.

Terlepas dari segala hukuman kerana melakukan kejahatan, situasi tersebut membuatkan penonton ingin tahu, adakah Noh Yul Seong akan tetap terlepas dari hukuman undang-undang buat selama-lamanya?

Dan dapatkah Kim Sa Ra menjatuhkan bekas suaminya itu? Jangan lupa untuk menonton sambungan kisah Noh Yul Seong dalam Queen of Divorce setiap hari Rabu dan Khamis di Viu!

IMG 4421

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai Kdrama tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: 2 Episod Pertama KDrama Queen of Divorce Penuh Kejutan

Baca juga: Terkenal dengan Wajah Genius, Berikut 4 Drama dan Filem Cha Eun Woo dari Pelbagai Genre Yang Boleh Ditonton di Viu