Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 10 Drama Korea Komedi Romantik, Untuk Menghilangkan Rasa Penat Anda

10 Drama Korea Komedi Romantik, Untuk Menghilangkan Rasa Penat Anda

0

Menonton drama Korea yang bergenre komedi romantik adalah salah satu cara untuk menghilangkan penat.

Berikut ini adalah senarai drama Korea komedi romantik yang pasti dapat menghilangkan rasa penat anda seharian selepas aktiviti berat.

1. Spice Up Our Love (2024)

8d69ca3b e3c3 48da 8121 27a23dca6ca5

Drama ini merupakan spin-off kepada drama komedi romantik, No Gain No Love. Mempunyai hanya dua episod sahaja.  Spice Up Our Love mengisahkan tentang seorang penulis web novel 18+ yang bernama Nam Ja Yeon. Secara mengejutkan, Ja Yeon menjadi karakter utama dalam novel yang ditulisnya (Seo Yeon Seo).

Ja Yeon terpaksa menjalani kehidupan sebagai Yeon Seo. Dia bertemu dengan CEO syarikat elektronik. Mereka terlibat dalam adegan-adegan romantik yang cukup ‘panas’.

 

2. Iron Family (2024)

8082b163 d7a5 4d74 ae3c a826c3d84ce9

Sebenarnya, Iron Family membawa cerita kehidupan yang sangat berat. Tetapi, ceritanya dibingkaikan dengan komedi, sehingga terasa ringan dan lebih menghiburkan. Iron Family ialah tentang Lee Da Rim yang memiliki penglihatan yang teruk sejak remaja. Apabila dewasa, deria penglihatan Da Rim benar-benar hilang.

Sementara itu, Seo Kang Joo adalah lelaki kaya yang menjadi pengarah senior di sebuah syarikat. Mereka memiliki satu pengalaman bersama yang ternyata tidak dapat dilupakan oleh Kang Joo.


3. Welcome to Waikiki (2018)

15f63c53 c2dc 4896 b3e3 292652da787c

Tiga pemuda yang mempunyai karakter yang berbeza – Dong Goo ( Kim Jung Hyun ), yang bercita-cita untuk menjadi pengarah filem, Joon Ki ( Lee Yi Kyung ), seorang pelakon eksentrik, dan Doo Shik ( Son Seung Won ), seorang penulis bebas yang selalu tidak serius telah membuka sebuah rumah tamu yang diberi nama “Waikiki” di Itaewon, Itaewon adalah tempat ramai warga asing datang untuk menginap.

Walaupun mereka tidak tahu bagaimana untuk menjalankan perniagaan rumah tamu, mereka tidak sabar-sabar untuk mendapatkan wang untuk membayar pembiayaan filem mereka yang akan datang. Turut tinggal bersama mereka ialah adik perempuan Dong Goo, Seo Jin (go Won Hee ), yang sebenarnya menguruskan keperluan rumah di Waikiki, serta seorang ibu tunggal Yoon Ah ( Jung In Sun ), yang telah muncul di rumah tetamu tersebut bersama seorang bayi perempuan. Mereka kemudiannya disertai oleh bekas teman wanita Dong Goo iaitu Soo Ah ( Lee Joo Woo ).


4. Mr. Queen (2020)

7d1f1f28 2696 4abf 89f0 2e7fab5b8cc9

Mr. Queen merupakan sebuah kisah menarik tentang takdir dan cinta sejati yang akan membuat anda merasa tegang dan pada masa yang sama ketawa tidak henti semasa menonton. Pelakon utama wanita sebenarnya adalah seorang lelaki yang terperangkap dalam penjelajahan masa kembali ke masa lalu dan menjadi permaisuri muda Kim So-yong. Permaisuri Kim So-yong mendapati bahawa suaminya menyimpan beberapa rahsia dan tidak selemah dan sebaik yang disangka.


5. A Business Proposal (2022)

6c161ced 480e 4e6a b580 dd6729e44ecb 1

Jalan cerita drama ini sangat klise iaitu tentang pekerja dan CEO. Walau mudah dijangka, tapi jalan ceritanya ringan serta penuh adegan komedi yang berjaya membuatkan anda terhibur.

Shin Ha Ri berpura-pura menjadi sahabatnya yang kaya untuk sebuah blind date. Ketika bertemu dengan lelaki yang dijodohkan itu, Ha Ri baru sedar bahawa lelaki tersebut adalah CEO tempatnya bekerja. Ha Ri berusaha menyorokkan identitinya yang sebenar supaya dia tidak dipecat.


6. Love to Hate You (2023)

5ad0c424 6593 46d6 a3de 04d514894590

Love to Hate You adalah salah sebuah drama Korea dengan jalan cerita yang ringan untuk anda tonton. Selain boleh dicari di Netflix, Kdrama yang dibintangi oleh Yoo Teo dan Kim Ok Bin ini cuma mengandungi 10 episod sahaja. Watak Yeo Mi Ran (Kim Ok Bin) dalam Love to Hate You digambarkan sebagai seorang wanita yang tidak mempercayai lelaki, ini adalah kerana dia pernah dicurangi oleh kekasihnya pada masa lalu. Manakala watak Nam Gang Ho (Yoo Teo) pula sukar untuk jatuh cinta selepas bekas kekasihnya meninggalkan dia dan sanggup memilih lelaki lain.


7. Strong Girl Bong Soon (2017)

dcbb1dcf 42cc 4444 871e 8520ce78934f

Strong Woman Do Bong Soon merupakan sebuah kisah mengenai seorang wanita yang mempunyai kekuatan luar biasa. Kekuatan wanita yang diberi nama Do Bong-soon (Park Bo-young) itu tiada tandingan, seolah-olah kuasa Superman yang mampu memusnahkan apa-apa sahaja. Pada suatu hari Ahn Min-hyuk (Park Hyun-sik) ternampak Do Bong-soon sedang memukul samseng-samseng jalanan di sebuah pinggir jalan.

Terkejut dan kagum dengan kekuatan wanita tersebut, Ahn Min-hyuk menawarkan gaji yang amat lumayan buat Do Bong-soon. Do Bong-soon diminta untuk menjadi pengawal peribadi Ahn Min-hyuk. Ternyata upah yang lumayan tersebut tidak dapat ditolak oleh Do Bong-soon, maka bermulalah perjalanan hidup Do Bong-soon sebagai seorang pengawal peribadi lelaki konglamerat yang kaya raya.


8. Lovely Runner (2024)

a5262ae9 f023 4ce6 9695 ef13cdc814cd

Drama Korea popular ini berkisar tentang seorang selebriti popular di Korea Selatan, Ryu Seon Jae yang sudah penat dengan populariti dan kerjanya. Selepas kematiannya yang tragis, salah seorang peminat fanatiknya merasa sangat sedih dan kecewa, Im Sol dibawa kembali ke lima belas tahun yang lalu apabila dia bertemu dengan bintang idolanya yang sudah mati itu dan dia berhadapan dengan pilihan untuk mengubah masa depannya yang tragis.


9. Chicken Nugget (2024)

f004e72d 635d 4cbf 96a3 d3ea8b25f6ed

Cerita dalam drama ini bermula apabila Min Ah masuk ke mesin misteri dan menjadi nugget. Mesin itu diciptakan oleh ayah Min Ah. Selepas mengetahui anaknya berubah menjadi nugget, ayah Min Ah dan seorang pekerjanya berusaha mengembalikan Min Ah ke bentuk manusia. Perjalanan mereka mengembalikan Min Ah ini dipenuhi banyak babak komedi.

10. True Beauty (2020)

09aa054a db3b 4728 a2d3 aea9b3f95802

Drama siri ini menggambarkan kisah cinta tiga segi yang membuat para penonton  terbawa-bawa dengan emosi dan suasana.

Drama Korea ini menceritakan tentang kisah Im Joo Kyung, iaitu seorang pelajar sekolah menengah yang tidak yakin diri dan tidak yakin dengan penampilannya dan selalu menggunakan solekan tebal untuk menutupi wajahnya yang dianggap hodoh. Di sekolah barunya, dia bertemu dengan Lee Su Ho dan Han Seo Jun, lalu terlibat kisah cinta tiga segi.

Demikian 10 drama Korea komedi romantik yang pasti akan menghilangkan rasa lelah anda. Selain cerita yang ringan, adegan-adegan dalam drama-drama di atas juga sangat lucu dan menghiburkan.

Baca lagi: 9 Drama Lee Se Young Pelbagai Genre, Dari Time Travel, Sageuk – Thriller
Baca juga: 7 Cadangan Drama Korea Buat Anda yang Masih Bujang, Merenung Kesepian Hati