Home Lifestyle Orang Korea Beratur Panjang & Berkhemah Depan Gedung Membeli-Belah Demi Beg Chanel

Orang Korea Beratur Panjang & Berkhemah Depan Gedung Membeli-Belah Demi Beg Chanel

0

“Saya menunggu sejak pukul 8 malam tadi dan dapat tiket nombor 1,” kata Lee (26 tahun) yang berbaju sejuk dan berselimut tebal berdiri di hadapan cawangan utama gedung beli-belah Shinsegae di Seoul.

Suhu dan cuaca sejuk tidak menjadi aisberg kepada warga Korea untuk berbaris, berjaga malam malah berkampung di kawasan shopping popular, Myeong-dong, Seoul.

Mereka beratur siap pasang khemah dan beg tidur. Ada yang kata sudah menunggu selama 14 jam. Pada pukul 7.30 pagi, sekitar 25 orang sudah berbaris.

Apabila jarum jam berdetik 10.00 pagi iaitu kira-kira setengah jam sebelum mall dibuka, lebih 100 orang sudah beratur menunggu giliran. Ada apa sebenarnya ramai-ramai ini?

Beratur Semalaman Demi Beg Chanel

Mereka sebenarnya berlumba untuk membeli barangan sebelum kehabisan stok. Menurut portal AllKpop, anda kena sampai sebelum pukul 6.00 pagi untuk tersenarai dalam 20 orang terawal yang mendapat tiket menunggu masuk.

Salah seorang pelanggan yang dikenali sebagai Oh (43 tahun) cerita yang dia dapat giliran nombor 2 selepas beratur sejak pukul 9 semalam punya.

Katanya, “Saya datang ke sini nak beli beg Chanel untuk teman wanita saya. Ini kali pertama saya tunggu di depan kedai macam ni dan mencabar juga sebab cuaca sejuk. Saya ambil cuti sehari hanya untuk beratur ni.”

“Saya rasa barangan mewah mungkin boleh jadi murah sekarang ni, tetapi lama-lama harganya boleh meningkat. Jadi saya anggap ini pelaburan yang baiklah sebab boleh jual semula nanti.” sambung pelanggan lelaki itu lagi.

Pembelian Barangan Mewah Meningkat Selepas Wabak COVID19

Menurut firma penyelidikan pemasaran Euromonitor, permintaan barangan mewah dalam pasaran Korea bertambah sebanyak 14.1 bilion USD (17 trilion KRW), naik 4.6%. Menurut analisa mereka, pengguna barangan berjenama dalam golongan usia 20-an hingga 30-an meningkat 50%.

Dengan peningkatan permintaan pasaran itu, ia membuka peluang pekerjaan bagi mereka yang nak buat kerja sambilan atau cari pendapatan sampingan iaitu dengan tolong beratur sebagai pengganti pembeli. Kaki shopping boleh buat duit tepi dengan menjadi personal shopper.

Lim (umur 39) yang berdiri di mall Lotte kata dia dapat meraih 600,000 KRW (~504.28 USD) hanya dengan berdiri dalam barisan untuk orang lain beberapa kali.

Seorang profesor konsumerisme dari Universiti Inha, Lee Eun Hee menjelaskan peningkatan dalam penggunaan barangan mewah disebabkan oleh pandemik COVID-19.