Home Concert Orang Kuat YG Entertainment Ini Sekali Lagi Tarik Perhatian Di Konsert

Orang Kuat YG Entertainment Ini Sekali Lagi Tarik Perhatian Di Konsert

0

Baru-baru ini kelibat Yang Hyun Suk, bekas CEO YG Entertainment kelihatan di konsert kumpulan K-Pop TREASURE yang diadakan di Dewan Olimpik, Seoul.

Berita kemunculannya di konsert tersebut dan gambarnya yang duduk di barisan hadapan, sedang tersenyum ceria tanpa pelitup muka telah tular di pelbagai laman sosial.

cs

Ada netizen mendakwa Yang Hyun Suk telah melanggar SOP ‘COVID-19’. Pada ketika itu, semua penonton konsert dikehendaki memakai pelitup muka, aktiviti seperti berdiri dan menyanyi dilarang sama sekali.

Sesiapa yang ingkar dan melanggar peraturan tersebut, bakal disuruh keluar tanpa kompromi namun nampaknya peraturan tersebut tidak terpakai untuk pemegang saham terbesar YG Entertainment tersebut.

Terdahulu, Yang Hyun Suk menjadi pusat perhatian apabila dia melepaskan jawatan CEO YG Entertainment pada 2019 kerana terlibat dalam skandal ‘Burning Sun’. Dia dihadapkan ke perbicaraan atas beberapa pertuduhan, termasuk perjudian di luar negara dan pelacuran kepada pelabur asing.

Dia terlepas daripada dakwaan kes pelacuran kerana tidak cukup bukti tetapi dia dijatuhkan hukuman denda 15 juta won kerana kes perjudian dan transaksi wang haram di luar negara.

Sumber: [1]