Rangkaian keretapi Jepun terkenal di seluruh dunia kerana keunggulan dan ketepatan masanya. Di ibu kota Tokyo sendiri, hampir 40 juta penumpang menaiki keretapi setiap hari, jauh melebihi kemudahan pengangkutan lain seperti bas dan kereta persendirian. Daripada jumlah ini, 22% atau 8.7 juta menaiki kereta bawah tanah.
Pada kebanyakan laluan, setiap kereta api akan datang setiap 5 minit, kira-kira 24 kereta api sejam pergi ke satu arah. Walaupun dengan jumlah keretapi yang begitu banyak, stesen keretapi bawah tanah ini masih juga sangat sesak terutamanya waktu puncak dan musim perayaan.
Oleh kerana Tokyo sememangnya sudah terkenal di dunia dengan kepadatan bandarnya dan isu kesesakan pengangkutan awam tidaklah mengejutkan.
Pada tahun 1955, stesen tersebut telah memperkenalkan dan menggaji kakitangan beruniform yang dikenali sebagai “Oshiya atau “penolak” di stesen Shinjuku Tokyo ketika itu.
Tugas mereka adalah untuk memastikan seramai mungkin penumpang dapat dimuatnaikan ke dalam gerabak keretapi bawah tanah. “Penolak” yang memakai sarung tangan putih ini harus bergegas mendorong penumpang masuk ke dalam keretapi dengan cara menolak mereka supaya pintu gerabak boleh ditutup dan ini sering berlaku ketika waktu puncak.
Walaupun dihimpit dan diregangkan setiap hari, masyarakat Jepun menganggap ia adalah cara yang bermaruah bagi mengatasi masalah kesesakan yang dialami mereka setiap hari setiap waktu.
Penumpang yang sudah biasa berhadapan dengan situasi ini dikenali sebagai“Pirouette Tokyo” kerana mereka cekap melakukan aksi yang membolehkan mereka meluncur ke dalam gerabak dan kemudian berdiri tanpa perlu bertentang mata dengan mereka yang telah telah berada di dalam keretapi.
Penumpang juga dilatih dengan baik untuk menggunakan apa sahaja yang ada pada mereka seperti beg, beg bimbit dan payung, sebagai contoh untuk berebut ruang.
Senang kata, tindakan seperti ini semestinya memerlukan hati yang kering dan kesabaran yang tinggi. Kedengaran macam tidak masuk akal tetapi itulah realitinya.
Pergelutan antara penumpang juga sudah tentu tidak dapat dielakkan, manakala ”Chikan” atau gelandangan keretapi bawah tanah pula mengambil kesempatan daripada kesesakan itu mencuri sesama penumpang, malah ada juga yang mengambil kesempatan dengan meraba punggung dan buah dada wanita. Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan mangsa-mangsa raba tersebut yang tidak mampu berbuat apa-apa dek terlalu sesak dan dihimpit dalam keretapi.
Rentetan itu, Polis telah melaporkan terdapat peningkatan besar dalam ‘insiden komuter’ yang melibatkan kecederaan dan serangan.
Pada tahun 2012, seorang jurugambar yang berpangkalan di Hong Kong, Michael Wolf telah mencipta siri foto bernama Tokyo Compression, di mana dia merakamkan ekspresi trauma dan kesakitan para penumpang di Jepun ketika wajah mereka terpaksa dilenyek ke tingkap.
Gambar-gambar ini menunjukkan betapa mengerikan dan memalukan keadaan di dalam keretapi bawah tanah. Badan dihimpit dengan kuat antara satu sama lain sehinggakan kebanyakan penumpang tidak dapat bergerak secara fizikal.
Ini belum lagi apabila keretapi berhenti di stesen yang dipilih oleh penumpang, ia benar-benar memerlukan kekuatan serta keazaman untuk turun di stesen yang betul
Berikut adalah sebahagian gambar-gambar yang diambil oleh Jurugambar Michael Wolf:
Baca Lagi: Fakta Menarik Mengenai Park Min Young
Baca Juga: Filem Terbaru Bae Doona Menceritakan Kisah Benar Seorang Pelajar Yang Mati Bunuh Diri