Home Kdrama/Kmovie Pachinko 2 Kembali Tampilkan Kim Min Ha dan Lee Min Ho, Bakal...

Pachinko 2 Kembali Tampilkan Kim Min Ha dan Lee Min Ho, Bakal Ditayangkan Tidak Lama Lagi

0

Drama Korea popular Pachinko telah disahkan akan kembali dengan musim kedua. Musim pertamanya sudah ditayangkan pada tahun 2022 dengan jumlah 8 episod semuanya dan telah berjaya meraih kejayaan besar dan mengumpul peminat tersendiri.

Pachinko musim ke 2 masih akan menampilkan gandingan hebat antara Kim Min Ha dan juga Lee Min Ho. Mari sama-sama kita lihat sinopsis ringkas, senarai pelakon, dan juga tarikh tayangan drama Korea ini seperti berikut di bawah ini.

 

1. Sinopsis

PachinkoMusim pertama Pachinko (2022) menceritakan tentang kisah Kim Sun Ja yang lahir dan membesar di Busan pada awal abad ke-20 semasa Jepun menjajah Korea. Gadis itu jatuh cinta dengan Koh Han Su dan mereka memiliki anak bersama.

Namun, pada akhirnya Kim Sun Ja berkahwin dengan lelaki lain iaitu Baek Isak (Noh Sang Hyun) dan berpindah ke Jepun. Cerita berterusan dengan Kim Sun Ja dan Baek Isak yang melahirkan Mozasu. Pada tahun 1989 di New York, anak Mozasu, iaitu Baek Solomon, terlibat dengan seorang gadis semasa hendak membeli tanah untuk dibangunkan sebuah hotel.

Musim kedua masih akan menampilkan majoriti watak utama yang sama. Bagaimanakah sambungan kisah mereka di musim kedua nanti? Sudah tidak sabar bukan?

 

2. Senarai pelakon yang membintangi

9838b7d8 fdb7 4b91 af30 7a0e5441c244Beberapa orang pelakon utama di musim pertama akan kembali berlakon dalam drama Pachinko 2 (2024), berikut ini adalah senarainya:

● Kim Min Ha sebagai Kim Sun Ja
● Lee Min Ho sebagai Koh Han Su
● Youn Yuh Jung sebagai Kim Sun Ja tua
● Jin Ha sebagai Baek Solomon
● Jung Eun Chae sebagai Choi Kyung Hee
● Anna Sawai sebagai Naomi
● Han Joon Woo sebagai Baek Yoseb
● Soji Arai sebagai Baek Mozasu

 

3. Tarikh tayangan dan platform yang menayangkan Pachinko 2

7a19057e 41f7 48d4 aaf6 29655b98b269Drama Korea Pachinko 2 akan ditayangkan secara perdana pada 23 Ogos 2024 dan dijangka akan berakhir pada 11 Oktober 2024. Berjumlah 8 episod secara keseluruhan, drama ini akan ditayangkan di platform Apple TV+.

Nantikan maklumat lebih lanjut tentang drama Pachinko 2 (2024) melalui Instagram @appletv. Nampaknya masih ada masa untuk anda menonton semula (rewatch) Pachinko (2022) musim pertama!

Baca lagi: Anda Peminat A Quiet Place? Nantikan Prekuel Spin Off Filem Ini, Bakal Tayang Jun 2024 Ini
Baca juga: Kim Hee Sun Mula Deklarasi Perang dalam “Bitter Sweet Hell”, dan Ji Sung Semakin Taksub dengan Dadah dalam “Connection”