Home Kdrama/Kmovie Pagi Tua, Malam Berubah Muda, Kdrama Fantasi Miss Night and Day 15...

Pagi Tua, Malam Berubah Muda, Kdrama Fantasi Miss Night and Day 15 Jun Ini Menampilkan Eunjin Apink

0

Miss Night and Day ialah drama Korea terbaru dengan genre komedi, romantik dan fantasi, dibintangi oleh Lee Jung Eun, Eunji Apink dan Choi Jin Hyuk.

Drama Miss Night and Day menyiarkan episod pertamanya pada 15 Jun 2024, menceritakan kisah unik yang sedia memanjakan penonton di hadapan skrin kecil.

Sebelum mula menonto nanti, jom sama-sama kita lihat dibawah beberapa perkara menarik drama Korea Miss Night and Day yang menunjukkan gandingan serasi antara Lee Jung Eun, Eunji Apink, dan Choi Jin Hyuk!

 

SINOPSIS MISS DAY AND NIGHT

Miss night and day

Drama Miss Night and Day memfokuskan tentang kehidupan Lee Mi Jin (Eunji Apink), seorang wanita bujang berusia 20-an yang cuba berdikari dan memperbaiki kewangannya.

Lee Mi Jin menerima pelbagai kerja sambilan, dan dapat mengambil kelas kemahiran. Bagaimanapun, kehidupan Lee Mi Jin tiba-tiba berubah apabila dia bangun pada waktu pagi dan mendapati dirinya berada dalam tubuh seorang wanita dalam lingkungan 50-an.

Siapa sangka sejak hari itu apabila pagi tiba, Lee Mi Jin bertukar menjadi seorang wanita dalam lingkungan 50-an. Tetapi pada waktu malam, dia akan kembali sebagai Lee Mi Jin yang masih gadis.

Bagaimanapun, Lee Mi Jin mengambil kesempatan daripada tragedi itu untuk mendapatkan pekerjaan. Apabila pagi tiba, dia menukar identitinya kepada Im Soon, dan pelatih di Pejabat Pendakwa Daerah Seohan.

Walaupun penampilannya dilihat sebagai wanita berusia 50an, dia mudah menyelesaikan pelbagai tugas terutama apabila berhadapan dengan Pendakwaraya Kye Ji Woong (Choi Ji Hyuk), terkenal sebagai seorang yang dingin dan mementingkan kesempurnaan.

Pendakwa Raya Kye Ji Woong digambarkan sebagai seorang lelaki kacak yang tidak boleh bertolak ansur dengan kesilapan. Kerana sikapnya, satu persatu kakitangan di Pejabat Pendakwa Daerah Seohan perlahan-lahan meninggalkannya.

Kedua-duanya bekerja di Pejabat Pendakwa Daerah Seohan bermakna Kye Ji Woong akan kerap bertembung dengan Im Soon, dan secara tidak disangka-sangka juga bertemu dengan Im Soon versi petang iaitu Lee Mi Jin. Dari situ, mereka berdua mula mengenali antara satu sama lain.

Jadual Tayangan Drama Miss Night and Day

IMG 9456

Miss Night and Day merupakan drama garapan Pengarah Lee Hyeong Min, yang sebelumnya mengerjakan projek drama Winter Sonata, My Horrible Boss, Strong Girl Bong-Soon, My Dangerous Wife, dan banyak lagi.

Drama Miss Night and Day akan mengeluarkan episod pertamanya pada 15 Jun 2024 menerusi saluran JTBC serta NETFLIX, mengisi slot drama pada Sabtu dan Ahad. Jangan lupa menonton ya!

Baca lagi: Masih diingati, 7 Drama Korea 2023 Ini Berakhir Dengan Happy Ending
Baca juga: tvN Hasilkan 4 Drama Korea Bukan Romantik Pada Tahun Ini, Kisah Jenayah, Aksi dan Pelbagai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here