Home Business Pakar Psikiatri Korea Ini Kongsi Pengalaman Mengendali Kes Pesakit Murung Melabur Saham

Pakar Psikiatri Korea Ini Kongsi Pengalaman Mengendali Kes Pesakit Murung Melabur Saham

0

Seiring perkembangan teknologi maklumat dan era pasca pandemik ini, saya perhatikan semakin ramai yang mendapat kesedaran tentang pengumpulan aset terutamanya aset digital seperti mata wang kripto, NFT dan pelaburan saham.

Perkara ini tidak hanya terjadi di Malaysia, tetapi juga global termasuk Korea Selatan. Seperti real business lain, difahamkan pelaburan saham juga ada untung dan rugi.

Park Jong-seok, seorang pakar psikiatri terkenal di Korea berkongsi di laman Facebook,” Ramai sungguh orang datang ke hospital untuk kaunseling kerana murung dengan kejatuhan pasaran saham minggu ini.”

“Maaf cakap, banyak kes bersangkut paut dengan kerugian saham ini membawa kepada perbalahan keluarga dan masalah di tempat kerja sehingga mengganggu jiwa.” ujarnya lagi.

“Tiada apa pemain baru yang terjebak ke dalam zon jatuh ini boleh buat. Delete lah aplikasi saham itu. Tumpukan perhatian pada kehidupan seharian dan kerja tetap anda.”

“Sekiranya anda marah dan berbohong pada keluarga tentang kehilangan wang, anda tak akan gembira.”

“Cuba lupakan semua itu untuk sebulan dan setia dengan kerja utama anda bagi mengelakkan malapetaka lebih parah. Gempa bumi lebih menakutkan daripada gegaran dunia saham.”

iphone gcca0d4ec9 1280

Akhir sekali dia berkata, “Saya turut bersimpati dan berkongsi kepedihan yang sama bila mendengar masalah mereka.”

Meninjau ke ruangan komen, netizen Korea mengutarakan pendapat masing-masing:

“Saya menderita kerana banyak rugi. Saya membazir semua duit yang saya kumpul. Kini saya mahu melupakannya. Ketamakan saya membawa padah.”

“Tolong selamatkan saya.”

“Kata-kata ni betul 100%. Nak kena bina otot-otot mental dulu.”

“Dah apa saya nak buat kalau main saham ni pekerjaan utama saya?”

“Pelabur tak boleh putus asa, ia melanggar psikologi manusia.”

“Sekiranya anda tak tamak dan melabur dengan duit lebihan yang anda ada, anda boleh je sabar menunggu. Masalahnya expectation anda tinggi sangat.”

Sumber: Wikitree