Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini telah disiarkan oleh akaun Tiktok cikniins, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita berkongsi pengalamannya ketika menaiki kenderaan E-hailing yang dikenali sebagai Grab. Beliau membuat rakaman ini ketika di dalam kenderaan, di mana pemandu Grab tersebut ingin mencari jodoh untuk anak lelakinya. Selepas itu, respon pemandu itu yang memberi pujian serta menyebut ciri-ciri anak lelakinya menarik perhatian ramai.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan perkara ini jarang berlaku kepada penumpang dan ianya membuat orang ramai terhibur apabila mendengar respon pemandu tersebut yang cuba menarik perhatian wanita ini untuk dijodohkan dengan anaknya. Ada juag yang menjadikan ia sebagai bahan lawak diruangan komen, di mana mereka ‘mengaku’ jodoh dan pelbagai lagi reaksi daripada netizen.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 172.5K penonton, 8334 sukaan dan 466 komen.
Baca lagi: Kalau Dah Jodoh Tak Kemana, Pasangan Pengantin Ini Jadi Perhatian Orang Ramai
Baca lagi: Jumpa Sesuatu Di Hadapan Rumah,Tuan Rumah Dakwa Tidak Semangat Buat Kerja
Lihat klip durasi pendek reaksi pemandu grab ini mencari jodoh untuk anaknya:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@cikgu_tulip: Kalau ayah puji anak dia mcm tu, insyaallah baik tu anak dia…. Ada dusun durian… mak ai bestnyer
@Siput Merah Jambu: mesti dia berkenan dgn sis… eee comel pakcik ni hahhaha semoga amirul bertemu jodoh hahhah
@Fadhil Lutfi: parents always risau kalau anak dia yg tua tak kawin. anak rilek je
@prettygirl : Salam abah ! maaf lambat .. baru balik merewang tadi masak gulai kawahh.. penat saya tolong makcik2 masak2 tadi .. maaf ye abah
@sneakersputih: ok done stalk tiktok sis.. patut lerr pakcik ni berkenan nk buat menantu.. cantik org nya ,semoga yg baik2 untuk sis
@Mem_8382: terima jer adik, confirm jadi menantu kesayangan nanti, anak pakcik tu pun full pakej
@Eva: sebijik cerita jiran saya. ayah mertua dia bawak teksi, promote anak lelaki dia dekat jiran tu, alhamdulillah dah kahwin, anak dua.
@Rara: Patutla uncle nak promote anak dia kat akk. Akk tantikkk sangatt rupanya. Baru lepas stalk
@MOHDHELMI: nasib baik saya bukan anak pakcik,klau x mesti hensem boy jgk
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram