Home Video Pantau Jiran Warga Emas Dari Jauh, Wanita Dedah Jiran Tak Mahukan Bantuan...

Pantau Jiran Warga Emas Dari Jauh, Wanita Dedah Jiran Tak Mahukan Bantuan Walaupun Dah Tak Larat Untuk Berjalan

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok mieyra8609, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan reaksi warga emas terjatuh ketika sedang membersihkan di hadapan rumahnya. Video klip ini juga telah disiarkan oleh seorang wanita yang merupakan jiran kepada warga emas tersebut. Dikatakan beliau sering berjalan dan membersihkan halaman rumahnya walaupun dalam keadaan tidak stabil kerana sakit yang dihidapinya.

Jirannya ini juga mengatakan bukanlah beliau tidak membantu warga emas tersebut, namun ketika ingin memberi bantuan sering dimarahi dan tidak mahu pertolongan dari jiran-jiran. Dikatakan beliau ingin melakukan seorang diri, dan dalam keadaan beliau juga ingin melakukan kerja rumah selepas isterinya keluar untuk bekerja.

Screenshot 2023 11 06 095630
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan tindakan warga emas ini terhadap jirannya sememangnya ramai yang pernah mengalami situasi ini ketika mereka ingin memberi bantuan malah dimarahi pula. Ada juga yang berkongsi pengalaman di mana mereka juga pernah mengalami situasi yang sama. Netizen juga memahami tindakan warga emas itu, namun beliau masih perlu dipantau jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 141.3K penonton, 1062 sukaan dan 43 komen.

Baca lagi: Luah Pesakit Warga Emas Sering Dimarahi Misi, Respon Lelaki Ini Beri Buat Ramai Setuju

Baca lagi: Tanggung 5 Orang Anak Selepas Kematian Isteri, Reaksi Kanak-Kanak Ini Dapat Bantuan Pula Jadi Perhatian Ramai

Lihat klip durasi pendek reaksi warga emas ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@sue: saya rasa kn dia letih bdnnya asyik baring duduk je,,dia nk cuba jln², cer gtau family nya belikn yg tongkat 4 kaki tu yg leh pegang dr depan tu la

@A L E E A: Bagus uncle ni. Bile sakit, selagi boleh gerak baik gerak. Bile asyik baring, lagi banyak penyakit datang

@itulah: sama mcm tokwan saya degil last ii malas halang lagi kita halang lagi dia buat . jiran tngk mesti kata anak cucu teruk tapi dia degil

@geeshamforever: Kuat semangat uncle ni nk cuba buat sndiri.. Bgus jgk.. Tpi bahaya jgk klu kerap jatuh….

@rAinBow : tengok uncle teringat dekat arwah abg long sakit2 pom nak jgak bergerak lenguh asyik baring saja.

@Rialeeya: macam bapak sy,patah tgn blh gali parit,mbaja,racun rmbt,mgail,buat tangga..xjenuh

@jas: memang kena gerakkannbadan. kalau tak badan tulang keras sangat lagi sakit nakngerakkan anggota badan.

@tie: yaallah ..sama lah dgn antie sini..api air smua dh potong.kluarga ia nk tolong dgn orng luar.tk nk..dulu ok.le ni kata nya ada mmtal

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram