Home K - Pop Catat Sejarah Lagi, Parasite Jadi Filem Korea Pertama Menang SAG Award

Catat Sejarah Lagi, Parasite Jadi Filem Korea Pertama Menang SAG Award

0

Filem Parasite sekali lagi mencatatkan sejarah tersendiri selepas meraih kemenangan bagi kategori barisan pelakon terbaik (Best Cast) di Anugerah Screen Actors Guild Awards (SAG) 2020 pada Ahad lepas.

6

Kemenangan itu sekaligus membuatkan filem sutradara Bong Joon Ho itu menjadi filem berbahasa asing pertama yang mendapat penghargaan dalam kategori tersebut. Parasite juga turut mengalahkan filem The Irishman, Jojo Rabbit, Once Upon a Time in Hollywood dan Bombshell.

c1 3495129

Lebih manis lagi, anugerah yang berlangsung di Shrine Auditorium, Los Angeles itu menyaksikan momen manis dan gelagat pelakon filem itu di saat nama Parasite diumumkan sebagai pemenang. Menurut aktor Song Kang Ho, dia berasa berbesar hati menerima penghargaan besar itu.“Saya berasa sungguh terhormat untuk menerima penghargaan ini di hadapan pelakon-pelakon yang saya kagumi. Sesungguhnya saya tidak akan melupakan kenangan manis ini,” ujarnya.

Selain Kang Ho, Parasite juga dibintangi oleh Park So Dam, Lee Jung Eun, dan Choi Woo Shik. Terdahulu, Parasite juga telah meraih pelbagai anugerah berprestij dan antaranya di The Palme d’Or di Cannes Film Festival.

f10e7e731ba34727b3751e10fd5047af 18

Sedikit mengenai filem ini, Parasite mengisarkan keluarga Kim yang miskin yang terdiri dari seorang ayah bernama Ki-taek (Song Kang-ho), isterinya Chung Sook (Jang Hye-jin), anak lelakinya Ki-woo (Choi Woo-shik) dan anak perempuannya Ki-jung (Park So-dam). Mereka tinggal di rumah separa bawah tanah di sebuah penempatan miskin.Walaubagaimanapun, nasib mereka berubah apabila seorang rakan Ki-woo meminta menggantikannya menjadi tutor bahasa Inggeris kepada seorang anak perempuan dari sebuah keluarga yang kaya. Selebihnya anda perlulah tonton sendiri!

Dah baca jangan lupa like share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Gempak