Home Kdrama/Kmovie Parasyte: The Grey dalam Versi Drama dan manga Sangat Berbeza?

Parasyte: The Grey dalam Versi Drama dan manga Sangat Berbeza?

0

Drama Korea Parasyte: The Grey (2024) diadaptasi dari manga bertajuk Parasyte karya Hitoshi Iwaaki, dengan kata lain ia juga merupakan spin-off dari universe sama tetapi membawa kisah yang berbeza daripada siri manga asal oleh pengarah Yeon Sang Ho.

Parasyte: The Grey telah pun ditayangkan di Netflix pada Jumaat, 5 April 2024 dengan sejumlah 6 episod. Oleh kerana ia adalah spin-off, maka tidak hairanlah jika ada beberapa perbezaan, contohnya latar tempat tempat dalam drama adalah Korea Selatan, sedangkan dalam manga adalah Jepun.

Selain itu, dalam versi drama Parasyte: The Grey, watak utamanya adalah pekerja pasar raya yang bernama Jeong Su In dan parasitnya ialah Heidi. Manakala versi manga ialah tentang pelajar sekolah yang bernama Shinichi Izumi dan parasit tangan kanannya iaitu Migi.

Selain dua perkara di atas, apakah lagi perbezaan drama Parasyte: The Grey (2024) dan manga asalnya? Jom kita lihat ulasan dibawah ya!

 

1. Dalam drama, watak utama kehilangan pak cik, bukan kehilangan ibu kerana parasit

27cf916d 94e3 4a26 929f a0eabf00e6eaDalam drama Parasyte: The Grey, Jeong Su In (Jeon So Nee) digambarkan hidup sendirian. Ibunya sudah meninggalkannya dan berkahwin lagi. Manakala ayahnya selalu menderanya. Semenjak Jeong Su In melaporkan ayahnya kepada pihak polis, Detektif Kim Chul Min (Kwon Hae Hyo) menjadi orang yang rapat dengannya. Sayangnya, Detektif Kim yang sudah dianggap sebagai bapa saudaranya meninggal dunia dan diambil alih oleh parasit.

Manakala dalam versi manga, Shinichi Izumi tinggal bersama kedua ibu bapanya. Suatu hari, ibunya dibunuh oleh parasit sewaktu sedang bercuti. Shinichi terpaksa bertarung dengan tubuh ibunya yang sudah diambil alih oleh parasit.

Baca juga: Minat Parasyte: Tha Grey? Ini 11 Filem dan Kdrama Buah Tangan Pengarah yang Sama

2. Musuh utama dalam versi drama dan manga adalah berbeza

c708c9ef 62cd 4ea1 9c51 04c3fa77f772Dalam versi drama Parasyte: The Grey, musuh utama Jeong Su In dan Heidi adalah Pendeta Kwon Hyuk Ju (Lee Hyun Kyung) dari Gereja Saejin. Kwon Hyuk Ju mampu berpindah dari satu hos ke hos lain dengan mudah.

Sedangkan dalam versi manga, musuh utama Shinichi Izumi dan Migi adalah Gotou, seorang ahli politik. Gotou memiliki 5 parasit dalam tubuhnya akibat eksperimen Ryoko Tamiya atau Reiko Tamura.

Sementara itu, dalam versi drama, ada watak parasit yang pada akhirnya tidak sebulu dengan organisasi parasit, iaitu Seol Kyung Hee (Yoon Hyun Gil), saudara kepada Seol Kang Woo (Koo Kyo Hwan). Semuanya kerana Pendeta Kwon membunuh parasit lain demi mencapai matlamat peribadi.

Dalam versi manga, Ryoko Tamiya mula memahami pola pemikiran dan perasaan manusia kerana dia memiliki anak. Dia sanggup menerima puluhan peluru untuk melindungi buah hatinya.

 

3. Versi manga, Migi memutuskan untuk sebuah tidur yang panjang, tetapi Heidi tidak

5e2d2f16 8755 4733 ac0b 4d9f645bf341Di episod 6, dijelaskan bahawa Heidi dan Jeong Su In masih hidup berdampingan. Seol Kang Woo berkata bahawa sehari sebelum itu, Heidi menghantar surat kepadanya. Perkara ini menunjukkan bahawa Heidi tidak tertidur lama seperti Migi. Heidi hanya perlu 3 jam sahaja untuk tidur bagi mendapatkan tenaganya semula.

Berbeza dengan Migi dalam versi manga, selepas pertarungan panjang yang melelahkan, dia memutuskan untuk tidur dengan lama. Metabolismenya berubah selepas diserap Gotou. Namun, Migi boleh bangun ketika Shinichi sangat memerlukan bantuannya.

 

4. Shinichi Izumi dalam manga mempunyai kekasih, Jeong Su In cuma rapat sahaja dengan Seol Kang Woo

dedcbcf0 57fd 4168 a783 eebd94be99dcParasyte: The Grey (2024) tidak menampilkan kisah romantik di antara setiap watak. Hanya, Seol Kang Woo menjadi salah seorang orang yang rapat dengan Jeong Su In. Kedua-dua mereka masih berkomunikasi selepas pertarungan hebat menjelang pengakhiran cerita.

Dalam versi manga, Shinichi Izumi memiliki kekasih, iaitu Satomi Murano. Bahkan Satomi juga tahu bahawa Shinichi memiliki kuasa luar biasa kerana parasit.

 

5. Dalam versi drama, pasukan Grey masih memburu parasit, dalam manga pula parasit sudah beradaptasi

ParasyteDalam drama, pasukan Grey masih beroperasi. Diketuai oleh Choi Jun Kyung (Lee Jung Hyun), mereka masih memburu dan mempelajari tentang parasit. Bahkan kehadiran Shinichi Izumi (Masaki Suda), watak utama versi manga asal seperti memberi bayangan bahawa akan ada konflik baru.

Sementara dalam versi manga, para parasit mula hidup berdampingan dengan manusia. Terdapat parasit yang mula memakan daging haiwan yang diolah menjadi steak. Kes manusia mati juga hanya dianggap sebagai serangan haiwan buas.

Secara amnya, drama Parasyte: The Grey (2024) dan versi manga memang berbeza. Walau latar waktunya sama, tetapi lokasi dan wataknya sangat berbeza. Sudahkah anda menonton?

Baca lagi: 5 Kdrama Baru Tayang April 2024, Pelbagai Genre
Baca juga: “Hijacking”, Filem Korea Berdasarkan Kisah Benar Bakal Tayang Jun 2024 Ini