Home News Paris Hilton Dedahkan Dia Pernah Menggugurkan Kandungan

Paris Hilton Dedahkan Dia Pernah Menggugurkan Kandungan

0
Paris Hilton yang baru sahaja mengumumkan tentang cahaya mata kesayangannya baru-baru ini telah mendedahkan bahawa dia pernah melakukan proses menggugurkan kandungan sewaktu usianya awal 20-an.

9A283E93 EE23 4985 AC78 C1974C2BC304

“Saya masih terlalu muda (ketika itu)” kata bintang tersohor itu sewaktu dia membincangkan isu penting iaitu isu hak-hak wanita dalam melahirkan dan menggugurkan kandungan.
Paris Hilton berkongsi buat kali pertama kepada umum tentang proses pengguguran kandungan yang pernah dilaluinya.
Paris Hilton menegaskan betapa pentingnya dia menggunakan platform yang sedia ada dan pengaruhnya untuk memberi kesedaran kepada semua tentang hak-hak reproduksi.
Pelakon, penyanyi dan juga ahli perniagaan itu membuat kejutan apabila dia tanpa berselindung bercerita tentang keputusannya untuk menggugurkan kandungan suatu masa dahulu.

C41B7DB1 7A04 4534 BA2E FF195A2B5393

Paris Hilton mengatakan semasa dia masih muda, dia benar-benar tidak bersedia untuk menjadi seorang ibu dan melahirkan anak. Segalanya terlihat sukar buatnya.
“Saya sebenarnya tidak mahu dah tidak suka membincangkan hal ini (pengguguran kandungan), perkara ini sangat memalukan”, kata selebriti terkenal ini kepada Glamour UK sewaktu diwawancara.
“Saya masih terlalu muda dan saya tidak pernah bersedia untuk itu (mempunyai anak),” sambungnya lagi.
Dia rasa bertanggungjawab untuk tampil ke depan dan membicarakan perkara ini kerana tercetusnya isu hangat apabila mahkamah tinggi telah mengubah undang-undang yang telah digunakan selama 50 tahun tentang hak wanita untuk memilih menggugurkan kandungan.
Mahkamah tinggi di Amerika Syarikat memutuskan bahawa para wanita tidak lagi bebas melakukan prosedur pengguguran kandungan dan mereka perlu mengikut beberapa langkah jika perlu melakukannya.
“Saya rasa semua ini penting, kita perlu berbincang tentangnya”, katanya.

4A3E5B16 3947 4DD5 A535 E656901908EF

Dia menyambung lagi “semua ini adalah permainan politik, perkara ini adalah berkaitan tubuh wanita itu sendiri, kenapa perlu ada undang-undang untuk perkara seperti itu? Itu adalah tubuh anda, pilihan anda! Saya percaya kebebasan tersebut.”
“Sukar untuk saya fahami bahawa mereka membuat undang-undang tentang kesihatan reproduktif setiap wanita, jika perkara ini terjadi kepada lelaki pastinya undang-undang begini tidak akan wujud”, tegasnya lagi.
Tunjuk perasaan dan protes berlaku di seluruh negara sebagai respon dan tindak balas kepada keputusan mahkamah tinggi yang meminda undang-undang tersebut dan dianggap sebagai menindas hak dan kebebasan setiap wanita dalam negara tersebut.
Bagaimanakah pendapat anda? Adakah pengguguran kandungan wajib diharamkan atau dibenarkan sahaja?
Dalam masa yang sama Paris Hilton telah menunjukkan bayi lelakinya yang baru lahir kepada seluruh dunia. Paris dan Carter Reum telah namakan anak lelaki mereka sebagai Phoenix Barron Hilton Reum.

889582BD 05EB 40A8 BB8B B394D6217775

Seperti yang anda tahu, pasangan kekasih ini telah mengikat tali perkahwinan mereka di sebuah majlis mewah pada 21 November 2021.

021D07AC 6494 4AD1 9024 D53B15DAD242


Baca Lagi: Liam Neeson Pernah Tolak Watak James Bond

Baca Juga: Kelakuan Pelik Keanu Reeves