Home Artis Korea Park Hyung Sik – 5 Kdrama Terbaik Lakonannya

Park Hyung Sik – 5 Kdrama Terbaik Lakonannya

0

Pelakon lelaki kacak Korea Selatan iaitu Park Hyung Sik tampil dalam drama tema sejarah yang baru sahaja tamat tayangannya iatu Our Blooming Youth.

IMG 1033

Drama siri Strong Woman Do Bong Soon berjaya membuat nama Park Hyung Sik meledak dan semakin terkenal. Berjaya membawa pelbagai watak menarik, drama siri yang dilakonkan olehnya benar-benar membuatkan para peminat jatuh cinta.

Genre romantik hingga thriller, semua itu hanya ‘makanan’ buat Park Hyung-sik.
Pelakon lelaki terkenal ini juga akan bergandingan bersama Park Shin Hye dalam drama siri terbaru iaitu Doctor Slump.

Sebelum ditayangkan, jom sama-sama kita lihat drama siri yang pernah dibintangi oleh Park Hyung Sik, lihat senarainya seperti di bawah ini:

1. High Society

ae57fe91 01b1 4cf0 85fd fe8e7b46f5a9
Drama siri dengan tema perbezaan status sosial ini telah berjaya menarik perhatian ramai peminat Kdrama. Yoo Chang Soo (Park Hyung Sik) merupakan seorang chaebol yang dijodohkan dengan Jang Yoon Na (Uee).
Chang Soo jatuh cinta dengan teman Yoon Na yang bernama Lee Ji Yi, dilakonkan pelakon wanita si manis Lim Ji Yeon. Drama siri High Society wajib anda tonton!

2. Suits

Park hyung sik

Drama siri yang bertemakan undang-undnag ini menceritakan tentang Go Yeon Woo (Park Hyung Sik) yang mempunyai kenangan masa kecil yang tidak membahagiakan. Kini dia adalah seorang peguam licik dan memiliki mentor yang bernama Choi Kang Seok (Jang Dong Gun). Bromance antara Go Yeon Woo dan Choi Kang Seok berjaya mencuri perhatian dan membuatkan para penonton terpikat.

3. Happiness

a64fa4e7 cd6e 4294 8b9a 571800867628

Drama siri thriller tema zombie ini berkisar dalam sebuah apartment. Akibat virus tersebut, para penghuni apartment terpaksa berjuang untuk bertahan hidup. Detektif Jung Yi Hyun (Park Hyung Sik dan pegawai khas Yoon Sae Bom ( Han Hyo Joo ) bekerja sama supaya para penghuni apartment dapat meneruskan hidup dengan teratur dan aman dalam suasana kacau bilau menghadapi virus zombie. Bukan hanya berjuang untuk teruskan hidup, kisah romantik Yi Hyun dan Sae Bom juga sangat manis dan membuatkan para penonton tersenyum sendiri!

4. Soundtrack #1

3dce9636 937a 4158 b36a fa8854184a80

Drama siri ringan dan romantik ini adalah tentang sahabat lama yang akhirnya saling jatuh cinta. Seorang penulis lagu iaitu Eun Soo (Han So Hee) dan juga juru gambar Han Sun Woo (Park Hyung Sik) akhirnya tinggal dalam satu rumah kerana satu kejadian yang tidak dapat dielakkan.

Sejak awal lagi, Sun Woo jelas sudah jatuh cinta dengan Eun Soo. Kisah mereka berdua yang akhirnya menyedari bahawa mereka saling jatuh cinta membuatkan para penonton terasa bahagia keawang-awangan.

5. Strong Woman Do Bong Soon

15e19cc7 7290 47ae b261 9c2d7dcca371

Drama siri dengan tema romantik komedi selalu membuat para peminat jatuh cinta. Kisah ringan dan segar antara CEO dan gadis yang mempunyai kemampuan luar biasa ini telah berjaya membuatkan para penonton terhibur.

Park Bo Young dan Park Hyung Sik dalam drama siri ini membawa watak yang benar-benar menyenangkan. Tidak hairanlah para peminat drama siri Korea Selatan sangat suka dengan watak mereka berdua.

Baca lagi: 8 Kdrama Terbaik Mengenai Kasih Sayang Ibu

Baca juga: 5 Filem Korea Bertemakan Jenayah Siber