Home Entertainment Park Ji Hoon Bakal Muncul dalam Filem Sageuk Terbaru “The Man Who...

Park Ji Hoon Bakal Muncul dalam Filem Sageuk Terbaru “The Man Who Lives with The King”, Tayang 2025

0

YTN Star melaporkan bahawa Park Ji Hoon terpilih sebagai pelakon utama untuk filem sageuk yang berjudul The Man Who Lives with the King pada 10 Oktober 2024 baru-baru ini.

Seorang wakil dari agensi Park Ji Hoon mengesahkan perkara tersebut, walau pihak produksi belum mengeluarkan kenyataan rasmi.

Walau demikian, pengarah Jang Hang Jun terus mendedahkan beberapa nama pelakon utama The Man Who Lives with the King melalui saluran YouTube peribadi miliknya.

 

1. Sinopsis The Man Who Lives with the King

Park ji hoon

The Man Who Lives with the King akan mengangkat kisah Raja Danjong yang dibawakan oleh Park Ji Hoon. Raja Danjong merupakan tokoh penting dan popular yang memimpin Dinasti Joseon sebagai raja keenam. Malangnya, raja ini perlu diasingkan ke daerah Yeongwol, Gangwon, selepas sebuah situasi aneh terjadi di istana.

Tidak seorang diri, terdapat seorang lelaki yang menemani Raja Danjong selama masa pengasingan tersebut. Watak tersebut akan dilakonkan oleh pelakon senior berbakat besar iaitu Yoo Hae Jin. Lalu, apakah yang akan terjadi pada mereka selama krisis berlangsung?  

 

2. Senarai pelakon The Man Who Lives with the King

39d6decb 9bf5 4d06 a0ef 14de8491b364

The Man Who Lives with the King merupakan karya terbaru dari pengarah popular yang bernama Jang Hang Jun. Dia juga telah berkongsi senarai nama  beberapa orang pelakon yang akan menjadi watak utama dalam filem sageuk arahannya ini. Berikut ini senarainya:

Park Ji Hoon sebagai Raja Danjong
Yoo Hae Jin sebagai lelaki yang tinggal bersama raja
Yoo Ji Tae
Lee Jun Hyuk

 

3. The Man Who Lives with the King adalah projek istimewa bagi para pelakonnya

eb6477bf 9f43 4f3c 9349 2113029625ab

Filem The Man Who Lives with the King akan menjadi projek istimewa bagi beberapa orang pelakon yang terlibat dalam filem ini. Filem ini adalah filem sageuk perdana bagi Lee Jun Hyuk selain sebagai cameo. Selain itu, filem ini merupakan pentas kemunculan Yoo Ji Tae dalam filem sageuk selepas 17 tahun sejak filem Hwang Jini (2007 ditayangkan. Filem ini juga merupakan pentas pertemuan semula bagi kedua-dua mereka selepas membintangi siri Disney+ iaitu drama Vigilante (2023).

Di samping itu, The Man Who Lives with the King juga adalah projek layar perak saeguk pertama bagi Park Ji Hoon. Sebelum ini, pelakon yang dilahirkan pada tahun 1999 tersebut sudah membintangi banyak drama bergenre serupa untuk drama TV. Contohnya seperti Flower Crew: Joseon Marriage Agency (2019), dan Love Song for Illusion (2024).

Dipetik dari Soompi, The Man Who Lives with the King sudah menyiapkan proses priduksi dan akan memulakan penggambaran pada awal tahun 2025 akan datang.

Baca lagi: Mengapa Harus Tonton Jeongnyeon: The Star is Born? Ini 5 Faktanya
Baca juga: A Virtuous Business: Kisah 4 Ibu Menjual Produk Dewasa, Penuh Jenaka Menghiburkan

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here