Home Artis Korea Park Shin Hye Menyerlah Dalam 5 Watak Yang Pernah Dilakonkannya Dalam Kdrama

Park Shin Hye Menyerlah Dalam 5 Watak Yang Pernah Dilakonkannya Dalam Kdrama

0

Buat anda para peminat Park Shin Hye pasti sudah tidak asing lagi dengan pelbagai watak yang pernah dilakonkannya dalam drama.

Pelakon ini kerap tampil sebagai wanita yang lemah dan mudah ditindas, tidak hairalah jika wajahnya selalu tampak sedih. Salah satu watak yang paling ikonik adalah karakternya dalam drama The Heirs sebagai Cha Eun Sang.

Walau karakter lemah sudah identikal dengannya, tapi Park Shin Hye juga kerap membawa watak-watak berlainan. Mari sama-sama kita lihat watak-watak paling menyerlah yang pernah dibawa oleh pelakon wanita ini dalam drama Korea yang dibintanginya.

 

1. Choi In Ha – Pinocchio

Park shin hye

Karakter pertama adalah Choi In Ha dalam drama Pinocchio. Ini merupakan salah satu drama yang paling popular pada zamannya yang ditayangkan pada tahun 2014. Choi In Ha menderita sindrom Pinocchio, keadaan ini membuatnya tidak boleh berbohong dan akan tersedu-sedu (hiccup) jika berbohong.

Tapi keadaan ini tidak membuatkan Choi In Ha menyerah kalah dan dia mahu menggapai impiannya. Sejak dulu lagi dia mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang wartawan, dia berjuang untuk impiannya itu. Choi In Ha yakin dia boleh meraih impiannya itu, dia ingin menyuarakan kebenaran melalui dedikasinya sebagai seorang wartawan.

 

2. Yoo Hye Jung –  Doctors

76c72347 2658 4428 b379 007cb1033e7e

Seterusnya adalah watak Yoo Hye Jung dalam drama Doctors. Sejak dulu lagi Yoo Hye Jung dikenali sebagai gadis muda yang keras kepala, dia dianggap samseng kerana kemampuannya dalam seni bela diri. Dia dikenali suka membawa masalah yang membuatnya beberapa kali terpaksa berpindah sekolah.

Selepas habis sekolah menengah, Hye Jung melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan hingga dia berjaya menjadi seorang doktor bedah saraf. Siapa sangka karakter kerasnya ini masih terbawa-bawa ke alam pekerjaan.

 

3. Kang Seo Hae – Sisyphus: The Myth

a58408ec f738 480f ba4f b51c5e3a8be8

Karakter Park Shin Hye dalam drama Sisyphus: The Myth ini sangat menarik. Dia merupakan pejuang elit yang datang dari masa depan yang bernama Kang Seo Hae. Kemampuannya sebagai pejuang membuatkan Kang Seo Hae mampu hidup dalam keadaan apa sekalipun, dia boleh mengalahkan lelaki yang bertubuh besar dan kuat hanya dengan tangan kosong.

Selain itu, Seo Hae juga pakar menembak dan membuat bom. Kemampuan ini dimilikinya untuk bertahan hidup di masa depan yang didominasi oleh gangster dan kumpulan tentera. Dia melakukan perjalanan panjang untuk datang ke masa lalu, dia akan menjadi penyelamat seorang jurutera yang genius.

Baca lagi: 2 Episod Pertama Raih Rating Tinggi, The Judge from Hell, Park Shin Hye Ditugaskan Membawa Penjahat ke Neraka

4. Nam Ha Neul – Doctor Slump

ccb1f465 30da 4517 bded be2089b8203f

Pada awal tahun 2024, Park Shin Hye membintangi drama bertajuk Doctor Slump. Dia membawa karakter yang bernama Nam Ha Neul yang merupakan seorang doktor pakar bius. Karakternya digambarkan sebagai sosok yang berprestasi, dia selalu mendapat tempat teratas di sekolahnya dulu.

Tapi insiden mengejutkan membuatkan Nam Ha Neul menghadapi kesukaran, dia juga mengalami kemurungan kerana berada dalam suasana kerja yang toksik. Tapi perlahan-lahan Nam Ha Neul bangkit dan melawan profesornya yang selama ini selalu menyukarkan hidupnya. Dia berani membuka langkah baru yang sebelum ini kerap ditahan-tahan dalam dirinya.

Baca juga: “The Judge from Hell”, Watak Park Shin Hye Mendapat Kritikan Kerana Adegan Brutal

5. Kang Bit Na –  The Judge from Hell

9c5870b9 f8d6 4bed 8187 1ebc8d0f5eee

Terakhir adalah Kang Bit Na dalam drama The Judge from Hell yang sedang hangat dibicarakan kini. Drama ini baru sahaja ditayangkan dan mendapat respon positif dari para penonton. Kang Bit Na merupakan seorang hakim, tapi dia menjadi mangsa pembunuhan. Dia dirasuk oleh iblis dari Neraka bernama yang Justitia yang dikenali sangat sadis dan tidak berhati perut.

Akhirnya Kang Bit Na berubah menjadi wanita yang sadis seperti Justitia. Dia menjadi anti hero yang akan menghukum para pembunuh di dunia. Kang Bit Na akan membuat mereka menyesal selepas melakukan kejahatan yang keji.

Watak-watak yang dibawa oleh Park Shin Hye memang sangat berkesan. Dia selalu berjaya membawa karakter yang diberikan, maka tidak hairanlah jika dia digelar sebagai salah seorang Queen of Korean Drama.

Baca lagi: Culinary Class Wars Akhir Membuat Ramai Penonton Kecewa – “Chef Edward Lee Sepatutnya Juara”
Baca juga: 7 Pelakon Wanita Korea Ini Bawa Watak Hakim dengan Berkesan, Sangat Menjiwai