Sekarang ini dapat dilihat semakin ramai pemandu yang berani mengambil jalan mudah dengan lalu di laluan kecemasan atau emergency lane. Secara dasarnya lorong kecemasan ini dikhaskan untuk kegunaan ambulans, bomba dan penyelamat, polis, agensi penguatkuasaan serta kenderaan yang rosak atau dalam situasi kecemasan. Dengan menggunakan lorong ini, ia dapat memudahkan pihak-pihak yang disebutkan di atas untuk sampai ke destinasi dengan lebih cepat tanpa perlu berdepan dengan aliran trafik yang sesak. Namun video yang tular kali ini adalah memperlihatkan kereta yang dilteakkan di laluan kecemasan.
Menerusi tiktok yang tular di akaun @asyraf-ami, dapat dilihat situasi di jalan raya di mana terdapat kereta yang selamba parking di laluan kecemasan sehingga menghalang ambulans untuk lalu di laluan tersebut. Situasi tersebut dirakam dari dalam ambulans dan ramai yang marah akan kereta yang menghalang tersebut serta mereka turut menggelar kereta tersebut sebagai kereta peti ais.
“utk peti ais memang boleh bang..TERPALING”
“peti ais ni mmg makan ruang. risau plk takut tercium”
“peti ais sape trtinggal tepi jalan ni.. cpt ambik balik”
Baca juga : Rakaman Kereta Disaman Kerana Lalu Laluan Kecemasan, Taktik Polis Raih Perhatian Netizen
Baca juga : Tayar Dipancitkan Kerana Parking Di Tempat Tidak Sepatutnya, Parking Limited Punca Ramai Tak Puas Hati
Lihat klip rakaman di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@wankubi4 : Kereta mewah 2… vvvvvviiiipppp.. klu parking jauh2 org xtau pkai kereta mewah
@user1552289747430 : this’s the kind of person who parks without thinking about others…
@Asyrafalhabshi : Tak leh buat apa bang nanti dok pakat kata JPJ takde hati perut
@raider150fi._ : tapi baguss semua kereta yg ada kat situ bagi kerjasama
@affannitro : Mmg boleh bag tgok lavel kereta klu yg hitam tu mmg on tp klu stakat kancil, perodua je yg xboleh
@onlyhim : situ memang selalu orang parking,tapi tulah susah kan orang nak Lalu je haih..
@wahiiii : jalan pergi balik kerja ni, kalau ikut tepi ni mmg kene slow, kalau tak mmg cium kereta org
@mak.matin : Kalau belpayer mmg boleh bang. Lagi2 kalau plate 1-2 angka. Tambah pulak kalau ada lencana kat plate
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram