Home News “Parking utk Grabfood dgn Foodpanda semua kna ambil, tak pasal2 yg delivery...

“Parking utk Grabfood dgn Foodpanda semua kna ambil, tak pasal2 yg delivery ni jgk kena saman” -Netizen

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok eirwanahmad, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan iaitu GrabFood meluahkan bahawa tempat letak motosikal untuk penghantar makanan seperti GrabFood dan Foodpanda telah diambil oleh penunggang motosikal-motosikal lain. Disebabkan itu beliau telah mendapat surat saman kerana meletakkan motosikalnya diluar kotak tempat letak kenderaan. Beliau juga meminta pihak polis atau DBKL untuk mengambil tindakan kepada penunggang motosikal yang meletakkan kenderaan mereka ditempat yang salah.

Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan perkara ini juga sering berlaku namun isu ini telah membuatkan orang ramai tertanya-tanya, kenapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan kepada motosikal-motosikal yang tiada beg GrabFood dan FoodPanda. Orang ramai turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan dengan segera kerana ianya menyusahkan rider yang sedang bekerja. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 81.9K penonton, 5695 sukaan dan 758 komen.

Pemilik akaun ini juga menulis kapsyen seperti dibawah:

“Kena saman lagi! Dilema parking abg² delivery.. mohon Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan POLIS DIRAJA MALAYSIA OFFICIAL tengok² kan parking di KLCC, Pertama, Sogo, Avenue K, Pavilion dan lain²”

Lihat klip durasi pendek luahan daripada seorang rider GrabFood:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@VWV: kalau kat Queensbay penang, polis saman yg takde beg

@epulKechik: klau kt klcc…polis suruh trik kluar motor yg xde beg….

@zeNnn: apasal Dorang tak saman mto biase paking kat kotak hijau tu , adehh

@duad: rasanya penguatkuasa yg saman pun tk tau ,kotak hijau untuk delivery..naya mcm nie

@Syusyu: adik sy pun pernah kene…nak hantar food delivery..turun2 kene saman..

@muhammad khairul fikri MKF: modal rantai pnjng bang…abg rantai sume moto kt situ yg bkn food delivery

@jejakagrab: sy parking ats divider tu.. tk kena saman. tepi jln mmg kena

@Abuya95: cadangan la kan, x thu la boleh ke tak.
ambik gmbr setiap sudut, motor2 x sptut nya msuk park tpi depa msuk, pstu gi buat report kat balai ramai2

@Hantu: kena ada security . mcm dkt sunway pyramid ada security jaga parking untuk food rider

@azli: patot polis dh boleh fikir dgn bijak dah.. dah 2023 kot xkn polis X retis BCa signboard yg Ada Tu..

@NesloAis: baru tadi aku terkena kat situ.Kita tengah geram kena sidai oder.Dtg2 parking full, memang aq keluar kn ajer motor xde kena mengena dkt parking situ

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram