Home News Pasar Paling Aneh Di Dunia, Hanya ‘Bayar’ Menerusi Doa Sahaja

Pasar Paling Aneh Di Dunia, Hanya ‘Bayar’ Menerusi Doa Sahaja

0

Membeli barangan dapur suatu perkara rutin yang dilakukan individu khususnya bagi mereka yang sudah berumahtangga. Setiap kali membeli barangan dapur mesti cecah ratusan ringgit, maklumlah sekarang harga barangan basah memang melambung tinggi.

Jadinya, jika dengan kos yang kecil, terpaksalah membeli barangan yang penting sahaja atau beli dengan kuantiti yang sedikit. Kalau ada anak kecil, terpaksalah beli susu yang murah semata-mata untuk ‘cut cost’ untuk kelangsungan hidup tambahan pula tinggal di kota raya.

Ada kalanya terderik di hati kalau boleh membeli barangan basah dan bayar hanya menggunakan ‘doa’ kan best, tapi siapa yang mahu berniaga sebegitu.

Sebenarnya ada tempat yang menawarlan harga barangan runcit hanya dengan sesebuah doa sahaja, percaya atau tidak?

Baca lagi: Terkejut Jumpa Katak Hidup Dalam Bungkusan Bayam Di Pasaraya

Baca lagi: Kesiankan Janda, Isteri Lamar Madu Untuk Suami

Screenshot 2023 08 23 123424
Lihat juga video dibawah:

Pasar Bahagia ini ditubuhkan beberapa kawasan masjid termasuklah Masjid Syuhada Mempawah, Kalimantan Barat Indonesia, Masjid di Kabupaten Kubu Raya dan di Pontianak.

Konsep pasar ini sangat unik kerana bertemakan ‘berbelanja, bayar dengan doa’. Hanya dengan doa, orang ramai dapat membeli barangan kering dan basah untuk kegunaan di dapur.

Ketua pengelola Pasar Bahagia, Helmi berkata aktiviti ini sudah sesi ke 19 dan ia dihadiri lebih 800 orang penduduk di kawasan sekitar.

Pasar tersebut akan dibuka selepas solat Subuh pada setiap hujung minggu itu dengan meletakkan syarat supaya pengunjung perlu mendaftarkan diri kepada pengurus masjid terlebih dahulu.

Screenshot 2023 08 23 123438

Program Pasar Bahagia ini merupakan sebahagian usaha murni yang menggunakan derma orang ramai untuk kegunaan para tahfiz, mualaf, anak yatim dan pendakwah.

Sejujurnya, tanpa insan berjiwa murni untuk menyalurkan sedekah tidak mustahil program kebajikan yang dirancangkan tidak mampu dilaksanakan.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Info Rakyat