Home Kdrama/Kmovie Pasti Mengejutkan Anda, 10 Drama Korea Ini Sajikan Plot Twist Yang Tidak...

Pasti Mengejutkan Anda, 10 Drama Korea Ini Sajikan Plot Twist Yang Tidak Disangka

0

Drama-drama Korea sering menyajikan plot twist yang tidak disangka-sangka yang menjadi tarikan dalam cerita sehingga lebih mengujakan untuk disaksikan. Bukan hanya menjadi daya tarikan, plot twist juga merupakan kunci utama untuk memastikan penonton tetap terpaku pada skrin tontonan masing-masing.

Jadi, selain jalan cerita yang menarik, kejutan dalam plot juga membuatkan drama-drama Korea ini biasanya begitu menarik bagi para penonton.

Berikut ini adalah drama Korea dengan plot twist yang menarik dan tidak disangka-sangka. Drama-drama ini bakal mengubah pandangan anda tentang jalan cerita konvensional yang sering disajikan.

 

Prison Playbook (2017)

KdramaDrama korea ini mengisahkan tentang Kim Je-hyuk (Park Hae-soo) yang merupakan pemain besbol terkenal. Dia ditangkap polis selepas menggunakan kekerasan sewaktu mengejar seorang lelaki yang cuba menyerang adik perempuannya.

Sewaktu di penjara, dia bertemu kawan masa kecilnya dan rakan pemain besbol, Lee Joon-ho (Jung Kyung-ho), yang berhenti bermain besbol selepas kemalangan jalan raya. Lee Joon-ho sekarang adalah pegawai penjara dan salah seorang peminat Je Hyuk. Drama ini tentang waktu Je Hyuk di penjara, serta banduan yang ditemuinya dan peristiwa-peristiwa yang terjadi di sana.

 

He is Psychometric (2019)

8040bd29 7ac5 4e59 af82 121fa1b6fac4Drama Korea ini mengisahkan tentang Lee Ahn (Jinyoung), seorang lelaki yang mendapat kuasa psikometri selepas kehilangan ibu bapanya dalam insiden kebakaran. Dia mempunyai kebolehan untuk membaca masa lalu seseorang atau objek melalui sentuhan fizikal. Kebolehan ini digunakan untuk mengalahkan orang jahat. Sayangnya, dia tidak tahu cara mengawal kuasanya.

 

The Light In Your Eyes (2019)

82f5a164 e4b9 454e 98da 6af67dbde0f1Drama ini tentang Kim Hye-ja (Han Ji-min) yang cuba menyelamatkan ayahnya dari kemalangan dengan menggunakan jam tangan misteri untuk memutar waktu tetapi tetap gagal. Akibat putus asa, dia akhirnya sering memutar jamnya dan tanpa sengaja bertukar menjadi orang tua berusia 70 tahun.

Bingung dan tidak tahu bagaimanakah dia boleh berakhir seperti ini, dia memulakan perjalanan untuk mengembalikan segalanya ke jalan yang benar. Dalam perjalanan tersebut, dia bertemu keluarga dan kawan-kawan yang tidak lagi mengenalinya. Salah seorang dari mereka adalah Lee Joon-ha (Nam Joo-hyuk), seorang lelaki muda yang dicintainya.

 

It’s Okay to Not Be Okay (2020)

ffca090e d401 4470 b9bd 243ed51c7931It’s Okay to Not Be Okay juga merupakan salah sebuah drama Korea dengan plot twist yang mengejutkan. Drama ini menceritakan tentang Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun), seorang staff kesihatan masyarakat di hospital mental. Dia sangat bijak, sangat baik dengan orang lain, dan mempunyai kesabaran yang tinggi. Sayangnya, di sebalik kesempurnaan tersebut, dia memiliki trauma masa lalu kerana ibunya dibunuh oleh seorang psikopat.

Sementara itu, Ko Moon-young (Seo Yea-ji) adalah penulis popular yang menderita penyakit gangguan keperibadian antisosial, tampak sangat egois, sombong, dan kasar. Ketika kedua-dua mereka bertemu, mereka berdua jatuh cinta, menemui jiwa dan identiti mereka masing-masing dalam proses tersebut.

 

365 Repeat Year (2020)

96c8a9a3 4c25 409b af46 298a8256e7a2Drama siri ini menceritakan tentang sepuluh orang individu yang mendapat peluang untuk kembali ke masa lalu selama setahun, tetapi situasi misteri mula muncul ketika nasib mereka diubah dan dalam proses tersebut. Salah seorang dari 10 orang itu adalah Ji Hyung-joo (Lee Joon-hyuk), seorang detektif polis.

 

The Penthouse (2020)

d0f1e4ce 9c73 43ba a3d4 d23b75ffde03Drama ini adalah antara drama Korea paling popular pada tahun 2020, drama tentang para penghuni Hera Palace, apartment penthouse mewah dengan 100 tingkat yang memiliki banyak rahsia tersembunyi. Sim Su-ryeon (Lee Ji-ah) adalah ratu apartment penthouse yang lahir dalam keluarga kaya raya. Sementara itu, Cheon Seo-jin (Kim So-yeon) adalah wanita yang paling cantik di kediaman itu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memberikan kehidupan yang baik bagi anak perempuannya.

Sementara itu, Oh Yoon-hee (Eugene) berasal dari latar belakang keluarga miskin, tetapi dia berjuang bersungguh-sungguh menyertai masyarakat elit dengan menjadi ratu apartment penthouse, sebuah puncak kejayaan di matanya. Pertempuran untuk kekayaan, kuasa, dan prestasi di apartment yang paling diinginkan di Seoul dimulakan dengan cerita yang mengejutkan.

 

Flower of Evil (2020)

195df959 8257 4656 a9b2 505a0ba1de4c

Flower of Evil mengangkat kisah pembunuhan bersiri yang fokus pada Baek Hee-sung (Lee Joon-gi), seorang suami yang menyembunyikan identiti dan masa lalunya, dan berpura-pura mencintai isterinya Cha Ji-won (Moon Chae-won). Baek Hee-sung mempunyai dua sifat yang sangat berbeza dan boleh bertukar sikap dalam waktu yang sangat singkat. Sama seperti seorang psikopat, Baek Hee-sung berusaha menutup masa lalunya dengan sempurna.

Sementara isterinya pula iaitu Cha Ji-won, bekerja sebagai detektif, yang mula mencurigai suaminya, hingga kedua-dua mereka dikejutkan dengan kenyataan yang pahit.

 

Vincenzo (2021)

9fb78b30 f9e7 4045 939e d1030e33bdb2Vincenzo menceritakan tentang seorang peguam mafia dari Itali yang berubah menjadi antihero. Menceritakan tentang Park Joo-hyeong yang diambil sebagai anak angkat pada usia 8 tahun dan berpindah ke Itali. Setelah menginjak dewasa, Joo-hyeong menukar nama menjadi Vincenzo Cassano (Song Joong-ki). Vincenzo menghadapi penjahat dengan kejahatan luar biasa.

Di Korea Selatan, dia terlibat dengan Peguam Hong Cha-young (Jeon Yeo-bin). Bersama Cha-young, Vincenzo juga berusaha mendapatkan keadilan sosial dengan caranya sendiri.

Baca juga: 5 Drama Korea Terkenal Ini Adalah Remake Dari China

Mouse (2021)

Drama koreaDrama dengan genre thriller dan misteri ini berkisar tentang seorang lelaki psikopat dan dunia penyiasatan polis. Lee Seung-gi membawa watak sebagai Jung Ba-reum yang merupakan seorang detektif polis.

Berlaku siri pembunuhan keji oleh seorang psikopat yang langsung tidak menyesali segala perbuatannya. Dalam drama ini, Jung Ba-reum berhadapan dengan kes pembunuhan dan perlu mengejar lelaki psikopat yang telah membunuh mangsa-mangsa yang tidak bersalah.

 

Alchemy of Souls (2022)

8064d017 91da 4ca8 b21e 7bf5914e558cBerlatarkan sebuah negara fiksyen yang dikenali sebagai Daeho, drama ini adalah tentang cinta dan ahli sihir muda yang mengatasi takdir mereka. Mengikuti kisah seorang pembunuh elit bernama Naksu, yang secara tidak sengaja terperangkap di dalam tubuh lemah Mu Deok (Jung So-min).

Mu Deok adalah orang gaji Jang Uk (Lee Jae-wook) dari keluarga ahli sihir paling kuat dan mulia di negara itu. Pemuda yang merupakan tuan muda keluarga Jang tersebut menyimpan rahsia gelap tentang kelahirannya yang memalukan.

Demikian sahaja beberapa cadangan kdrama dengan plot twist yang menarik dan diluar jangkaan. Drama-drama Korea di atas telah membuktikan bahawa sajian plot twist unik dapat menjadikan pengalaman menonton lebih menarik dan tidak dapat dilupakan.

Melalui jalan cerita yang memukau, lakonan yang mendalam dan berkesan, serta kejutan-kejutan yang tidak disangka-sangka di setiap episod, drama-drama ini menunjukkan betapa kuatnya erti “kejutan” dalam dunia drama Korea. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 5 Watak Terbaik Lakonan Gong Yoo, Antara Pelakon Lelaki Paling Kacak dan Berpengaruh di Korea
Baca juga: 11 Kdrama Yang Sangat Underrated Tapi Sebenarnya Sangat Menarik