Drama Castaway Diva kini sedang menjadi topik hangat di kalangan peminat Kdrama.
Cerita yang menarik dalam Castaway Diva, ditambah pula dengan persembahan para pelakon yang tidak mengecewakan membuatkan Kdrama ini dengan cepat menarik perhatian ramai peminat. Lagu-lagu dalam drama ini juga membuatkan penonton caur hati.
Selepas mendapat banyak pujian, pasukan penerbitan Castaway Diva kini mendapat kritikan pula.
Keluhan muncul kerana pasukan penerbitan meninggalkan props yang berupa timbunan batu selepas penggambaran di pantai di Pulau Jeju. Berikut penjelasan lengkap beserta reaksi dari pasukan penerbitan drama siri Castaway Diva berkaitan masalah tersebut.
1. Timbunan batu yang dijadikan props Castaway Diva masih belum dibersihkan
Dalam Kdrama ini, watak Seo Mok Ha yang dibawa oleh Park Eun Bin membuat signal S.O.S untuk meminta bantuan sewaktu terdampar di pulau terpencil. Penggambaran untuk adegan ini dilakukan di Pantai Hwanguchi, Sagye-ri, Andeok-myeon, Seogwipo-si, Pulau Jeju. Rupa-rupanya pasukan penerbitan tidak mengemas semula dan membersihkan timbunan batu tersebut.
Dipetik dari Chosun.com, pihak Seogwipo-si mengatakan, “Batu-batu yang ditinggalkan itu dibawa dari luar oleh pasukan penerbitan. Kami sedang dalam proses untuk mengarahkan pembersihan semula dan pasukan penerbitan akan disaman jika tidak patuh.”
2. Permulaan kontroversi muncul
Kontroversi muncul pada 13 November 2023 melalui media online Pulau Jeju iaitu The Voice of Jeju seperti yang dipetik dari YTN News. Seorang penduduk yang dikenali sebagai ‘A’ menghantar gambar timbunan batu yang ditemui di Pantai Hwanguchi kepada media tersebut.
Penduduk tersebut sangat terkejut apabila melihat timbunan batu yang baru di Pantai Hwanguchi, tempat dia selalu berjalan-jalan pada petang hari. Timbunan batu sangat banyak dan dijangkakan mencapai ribuan ketul batu. Bukan hanya itu, batu juga berserakan di sepanjang jalan yang terhubung ke Olle Trail – Route 10.
A lalu teringat dengan drama Castaway Diva yang ditontonnya di kaca TV. Dia tidak boleh menyembunyikan kekecewaan apabila melihat timbunan batu tersebut. “Saya sering melihat banyak pihak melakukan penggambaran drama di Jeju, tapi ini pertama kali saya melihat mereka begitu tidak bertanggung jawab dan tidak membersihkan dengan baik props yang mereka gunakan.
Baru-baru ini dikatakan ada banyak aduan yang diajukan akibat bunyi bising dan sekatan lalu lintas di lokasi penggambaran drama di pusat bandar. Namun, dalam kes ini, masalah nampaknya lebih serius kerana melibatkan kerosakan alam sekitar,” ujar penduduk yang dikenali sebagai ‘A’ tersebut kepada Voice of Jeju.
3. Kenyataan pasukan penerbitan tentang keizinan melakukan penggambaran di pantai awam
Pasukan penerbitan Castaway Diva rupa-rupanya tidak meminta izin penguasa Seogwipo-si, bandar pentadbiran yang bertanggung jawab sewaktu melakukan penggambaran di pantai awam. Namun, pihak penerbitan mengaku sudah menjelaskan kepada pihak berwajib setempat bahawa mereka tidak meminta izin daripada pihak berwajib kerana tidak mengetahui prosedurnya.
“Ada kemungkinan penggambaran tambahan selepas penggambaran di musim panas tahun ini. Selepas berbincang dengan pihak berwajib, kami mengumpulkan batu-batu itu di satu tempat dan meninggalkannya di sana,” jelas pasukan penerbitan seperti dipetik dari The Voice of Jeju.
Mereka melanjutkan, “Kami sudah bekerja sama dengan ketua kampung untuk pembuatan drama, tetapi tidak dengan pihak pentadbiran daerah kerana kurang pengetahuan tentang prosedur sebenar. Kami akan mengembalikannya kepada keadaan asal semula secepat mungkin.”
Nampaknya seperti ada sedikit salah faham antara mereka. Semoga pasukan penerbitan boleh segera menguruskan masalah tersebut. Kontroversi ini juga diharapkan boleh dijadikan pengajaran bagi pasukan penerbitan lain.
Baca lagi: Siri Fantasi Rom-Com “My Man Is Cupid” Hadir Eksklusif di Prime Video 1 Disember 2023
Baca juga: Gyeongseong Creature: Park Seo Joon, Han So Hee Tampil Tegang dalam Teaser