Home Video Patah Balik Ke Kedai Selepas Terima Ayam Goreng ‘Busuk’, Sekali Tindakan Lelaki...

Patah Balik Ke Kedai Selepas Terima Ayam Goreng ‘Busuk’, Sekali Tindakan Lelaki Ini Buat Ramai Setuju

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok zainy_hazmat01, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang lelaki mendedahkan bahawa ayam goreng yang dibelinya ‘busuk’. Beliau juga mengatakan bukan satu sahaja yang dibeli, namun ada beberapa dan kesemuanya sudah rosak. Tindakannya yang berpatah balik ke kedai tersebut serta memberi sedikit teguran kepada pekerja berkenan mengenainya juga mendapat sokongan daripada netizen.

Lelaki ini turut membuat pesanan kepada kesemua peniaga di luar sana untuk menjaga kebersihan makanan serta menjaga kualiti setiap makanan yang disediakan untuk pelanggan, agar tidak memudaratkan kesihatan mereka.

Screenshot 2023 09 28 203445
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan tindakan lelaki ini sememangnya membuatkan orang ramai bersetuju dengannya agar perkara ini tidak berlaku kepada pelanggan lain. Ada juga yang membuat pesanan dengan tegas kepada peniaga untuk menjaga kualiti makanan dan tidak menyimpannya dengan masa yang lama kerana ianya boleh merosakkan makanan dan tidak boleh lagi dijual.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 92.4K penonton, 2980 sukaan dan 518 komen.

Baca lagi: Customer Tolong Orderkan Makanan Dari Grabfood Untuk Org Lain, Tak Sangka Ini Yang Berlaku

Baca lagi: “Kesian Anak Tak Bersalah Jadi Mangsa”-Akibat Hisap Pod Anak Yang Jadi Mangsa

Lihat klip durasi pendek tindakan lelaki ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Sal cookies: :Terbaik Abg..X viral org.. dan tegur secara berhemah,moga jadi pengajaran yg berniaga di luar sana….bahaya kalau termkn ayam busuk ada bakte bhya

@NuRuL_Scarve: ayam busuk kalau goreng mesti bau,so dia blh tahu aym tu busuk x blh jual…

@AnieSafri: Jgn main2 klu customer mkn ayam busuk,blh bwk maut.

@ANA’COMEL84: depa mesti tau.. ayam tu dah tak elok..tapi nk jual juga..sbb buang syg..sbb lani semua mahal…

@NaS’LeA: Sptotnya p jmpa tokey tu,..Biar dia beringt jgn juai ayam lama

@along dungun: kebykkan peniaga ni lbh suka beli ayam pasaraya sbb murah xmcm ayam fresh harga mahal ckit …ayam pasaraya ni ia sejuk beku tu y tulangnya JD biru

@bintang Aquarius: kdg ayam tu kena cepat basuh dan buh dlm ais….klsu biar memang busuk…

@@cucimate: bila dah bnyk ada satu dua mmg depa pun xperasan…saya pun penah kena saya pi balik bisik pelan2 xbg org dgr.dia nk gnti saya xabk sy tau dp xsengaja

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram