Home Video Patahkan ‘Wiper’ Kereta Orang Kurang Upaya, Tindakan Pemandu Teksi Ini Buat Ramai...

Patahkan ‘Wiper’ Kereta Orang Kurang Upaya, Tindakan Pemandu Teksi Ini Buat Ramai Yang Tak Sangka

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok fiqhanani, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang pemandu teksi dirakam oleh orang awam yang meletakkan keretanya di tempat letak kenderaan orang kurang upaya (OKU). Serta terdapat kenderaan yang mempunyai pelekat ‘OKU’ pada kenderaan kancil itu telah menghalang pemandu teksi tersebut untuk keluar dari tempat letak kenderaan ‘OKU’ berkenan.

Setelah pemandu teksi itu mengeluarkan kenderaannya, dan bertindak mematahkan pengelap cermin kereta kancil tersebut serta membiarkan begitu sahaja.

Screenshot 2023 09 21 194409
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan tindakan pemandu teksi tersebut sememangnya ‘kurang adab’ dan tanpa rasa bersalah mematahkan pengelap cermin kenderaan yang mempunyai sticker OKU pada keretanya. Ada juga yang meminta orang ramai untuk tular video klip ini hingga pemandu berkenaan ditahan pihak berkuasa atas tindakannya yang tidak bermoral.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 171K penonton, 3111 sukaan dan 515 komen.

Baca lagi: Temani Anak Murid OKU Berlari Hingga Ke Penamat, Situasi Ini Buat Ramai Yang Sebak

Baca lagi: Kebenaran Terdedah Jua, Caprice Dedah Bukti Pihak Ebit Lew Tipu Ibu Bapa Mondy Tatoo

Lihat klip durasi pendek tindakan pemandu teksi mematahkan pengelap cermin kenderaan OKU:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@RungusTruckers: Setiap dpn pintu masuk 99speedmart ada CCTV menghala ke kiri dan ke kanan.. sy tau sbb sy antara driver lori yg hantar barang 99…

@May Reen116: Kott Ttiba hujan ke weyy mcam mne pakcik/makcik oku tu nak drive? Atau tak prasan wiper dia dah ptah otw balik hujan lebat? Allahu tak dpt byang kan

@Shamsuladam Abdul Ra: Nak detect boleh shj.. Salah satu Kedai/banguanan area situ mesti ada CCTV.. Kena buat report polis baru blh access.

@Albanusvynerbanes: saya pemandu E-hiling,kenape harus buat kereta org mcm tu,kita sama cari makan

@MDapiz: aku dari umur 18 dah dendam dgn taxsi smpai la skrg, aku jalan tegak tibe2 taxsi buat pusingan U, dgn lampu signal xde,

@Jasmine: So bad! Definitely he is not OKU considering he is tough and strong to bend the wipers. Catch him.

@Kursus Kahwin JBofficial Viral: viral …sampai dpt. Setiap Jalanraya bandar ada CCTV

@SAUFI_BUNTAL: Pulak ni biase… Sesetengah tu x kesah sgt pn hal sekeliling x peduli pn.asal dorg sng sudah

@zan127: mungkin ada cctv dekat bangunan kawasan situ..kesian owner kancil tu

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram