Home Video “PBT Kena Ambil Tindakan Segera, Jangan Dibiar Berterusan” -Netizen

“PBT Kena Ambil Tindakan Segera, Jangan Dibiar Berterusan” -Netizen

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok yasinreen363, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Yasin membuat satu klip durasi pendek mengatakan bahawa beliau telah dihalau oleh peniaga di hadapan kedai kerana meletakkan kenderaan beliau. Beliau mengatakan peniaga tersebut telah ‘makan’ kawasan pejalan kaki serta mempunyai sebuah lori yang menjual makanan itu juga telah meletakkan kenderaan tersebut di kawasan yang sama. Lelaki ini juga meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan dengan serta merta.

Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan perkara ini sering berlaku dan ada juga netizen yang mengatakan pihak berkuasa telah menyalahguna kuasa mereka di tempat awam. Selain itu, segelintir netizen juga memberi teguran kepada lelaki ini di mana tempat letak kenderaan itu telah dibayar oleh peniaga tersebut. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 776.7K penonton, 18.3K sukaan dan 2831 komen.

Pemilik akaun ini juga menulis satu kapsyen seperti dibawah:

“Aku tak boleh nak ckp lebih² nanti kena banned pulak”

Lihat klip durasi pendek dibawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@besikarat89: @Majlis Perbandaran Ampang Jaya burpppp kenyangg

@riduanmamat3: kasi viral ..biar mpaj jawab ..kita nak tahu apa jawapan dia …

@hafis: pak arab tu sewa kaki lima satu kali tu…org tak pernah sewa je tak tau…

@Aieris Abdul Wahab: Petak merah tu dah berbayar bro… Kalau kuning boleh park… Bab kaki lima tu buat report ke perbandaran…

@Eco JR: cuba cari supplier dia siapa bang, silap hari timbalan/pengarah majlis perbandaran..bawahan makan tepi atasan makan depan

@Maleque: gegar semua geng majlis biar dieorg bt keja sikit hahaha

@khai202: duit masuk je semua blh….cuba org kita yg niaga …dia angkat Semua

@user9816770195508: duit under table semua halal meh itu pasal semua bole setel

@anak seluang: terbaik bang….viralkan…penguatkuasa mana…duduk bawah meja ker

@Ku Wan Dee: bawak bukti secukupnya buat report sprm… diar byk report.. nnt diorg x berani nk buat sesukahati..

@Bob Kedeni: Kalo komplen nanti kena tuduh menghalang kakitangan awam menjalankan tugas

PERHATIAN: Pihak Daebakinng tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram