Home New Post Peguam Kongsi Cara ‘Ajar’ Jiran Yang Suka Parking Di Hadapan Rumah

Peguam Kongsi Cara ‘Ajar’ Jiran Yang Suka Parking Di Hadapan Rumah

0

Sekarang ini banyak dilihat jiran yang suka parking atau meletakkan kenderaan di hadapan rumah kita sehingga menyusahkan kita untuk keluar pergi ke tempat kerja atau sebagainya.

Selain memberi teguran kepada ‘ketidaksedaran’ jiran, anda juga boleh mengajar mereka dengan cara yang lebih ada kelas iaitu cara undang-undang. Mari ikuti perkongsian oleh seorang Peguam Hartanah, Syazwan Mohd Jafri.

Hal jiran meletakkan kenderaan di hadapan rumah jiran lain ini, merupakan isu yang kerap sangat berlaku. Bila tiada kesedaran hidup berjiran, mulalah ada individu yang bertindak sesuka hati macam kawasan semua itu dia yang punya.

Selain memberi teguran kepada ‘ketidaksedaran’ jiran, anda juga boleh mengajar mereka dengan cara yang lebih ada kelas iaitu cara undang-undang. Mari ikuti perkongsian oleh seorang Peguam Hartanah, Syazwan Mohd Jafri.

Jika anda menetap di taman perumahan (landed terutamanya), pasti PERNAH MENGALAMI masalah pagar rumah dihalang oleh kereta orang lain (selalunya kereta jiran lah).

KETAHUI HAK ANDA DI BAWAH UNDANG-UNDANG
1. HAK ANDA DI BAWAH AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 (APJ 1987)
Seksyen 48(1) APJ 1987 menyebut – adalah menjadi kesalahan bagi pemandu yang meletakkan kenderaan mereka dengan cara yang menyusahkan/menghalang pengguna lain.

Jika didapati bersalah, boleh didenda minimum RM1,000.00 dan maksima RM5,000.00 ATAU penjara tidak kurang 1 tahun ATAU kedua-duanya.

2. HAK ANDA DI BAWAH AKTA KESALAHAN KECIL 1955 (AKK 1955)
Selain APJ 1987, AKK 1955 juga ada menyebut tentang kesalahan letak kereta depan rumah orang. Seksyen 22 AKK 1955 menyebut – barangsiapa yang melanggar masuk perkarangan rumah dengan sengaja tanpa alasan munasabah, boleh didenda sehingga RM50.

3. JALAN TERAKHIR JIKA JIRAN MASIH TERUSKAN SALAHLAKU PARKING BLOCK PAGAR RUMAH

parking1

Ramai tidak tahu, sebenarnya di bawah Seksyen 48(2) APJ 1987 – pihak berkuasa seperti pegawai polis/pegawai JPJ/pegawai majlis perbandaran, dibenarkan untuk CLAMP dan TOWING kereta yang menghalang/menyusahkan orang lain.

Oleh itu, semasa membuat aduan, pastikan anda maklumkan akta ini. Bila tahu kereta nak kena tow, pasti jiran tidak akan ulang kesalahan sama.

INFO TAMBAHAN :

Meletakkan kereta block rumah orang juga dikira sebagai kesalahan “TORT KACAU GANGGU PERIBADI”.

If all else fails, anda boleh saman di mahkamah dan dapatkan Perintah Injunction (Perintah halangan) agar pelaku tidak meneruskan lagi salah laku.

KESIMPULAN
Isu ini mungkin nampak remeh tapi hakikatnya memang banyak terjadi.

Perkongsian kali ni pula bukan untuk menggalakan pergaduhan sesama jiran namun lebih kepada memberikan “awareness” tentang isu ini supaya semua pihak sama-sama elak dari lakukan kesalahan ini.

Baca juga : Rakaman Jiran Parking Depan Rumah Undang Amarah, Netizen Turut Berkongsi Pengalaman Sama

Baca juga : Disuruh Bayar Parking Tepi Jalan RM 5 Untuk 10 Minit, Wanita Minta Pihak DBKL Siasat

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Sirap Limau