Pihak polis memberi kenyataan bahawa Irene Torres yang berusia 24 tahun telah ditikam sehingga mati di luar kawasan rumah keluarganya di Nashville, Amerika Syarikat.
Seorang pejuang MMA telah dituduh telah menikam bekas teman wanitanya itu sehingga mati dan kemudiannya menyumbat mayat wanita malang itu ke dalam tong simpanan dan seterusnya menyembunyikan mayat tersebut di dalam almari di rumahnya.
Pihak Polis Nashville mengumumkan penahanan Dwayne Herelle Jr berhubung kes kematian Irene Torres. Dwayne Herelle Jr ditahan tanpa sebarang jaminan atas tuduhan pembunuhan. Masih kurang jelas jika pejuang MMA itu telah melantik peguam atau telah membuat rayuan tentang penahanan tersebut.
Sewaktu pendengaran kes di mahkamah pada hari Rabu, Detektif polis Nashville iaitu Derry Baltimore menyatakan bahawa rekod pengawasan dan penyiasatan menjurus kepada Dwayne Herelle Jr sebagai suspek utama. Rakaman menunjukkan Dwayne Herelle Jr telah menyerang Irene Torres di luar kediaman keluarganya selepas wanita itu pulang dari kerja pada pukul 1.30 pagi waktu tempatan pada 28 Januari 2023.
“Mereka mula bergaduh dan bertikam lidah, dia mula menikam Irene Torres dan meletakkannya ke dalam bonet kereta.” Kata Derry Baltimore.
Laporan bedah siasat menunjukkan bahawa Irene Torres menunjukkan kesan luka akibat melawan dan wanita malang itu telah dilaporkan telah ditikam sekurang-kurangnya sebanyak 17 kali.
Berhubung serangan maut itu seluar mangsa dengan kesan darah dan juga dompet dibuang ke dalam tong sampah di belakang sebuah pasaraya berdekatan dan polis menyatakan Dwayne Herelle Jr menyembunyikan mayat mangsa di dalam apartment miliknya.
Polis memberitahu bahawa mereka bergegas ke kediaman Dwayne Herelle Jr selepas ibu bapa mangsa melihat rakaman kamera litar tertutup kediaman mereka dan mereka menyaksikan Dwayne Herrele Jr mengheret anak perempuan mereka pergi.
Bapa kepada mangsa membuat tindakan untuk berdepan dengan Dwayne Herrele Jr di apartment miliknya dan lelaki itu menyatakan bahawa wanita malang itu sebenarnya berada di sebuah hotel di pusat bandar.
Menurut pihak polis, sewaktu dalam perjalanan ke hotel yang dimaksudkan, Dwayne Herrele Jr membuat pengakuan di hadapan bapa mangsa bahawa dia telah menikam mangsa sebanyak beberapa kali dan mayat mangsa masih ada bersamanya.
“Kami pergi memeriksa ruangan almari apartment tersebut dan menemukan mayat mangsa yang kelihatan seolah-olah dibalut dengan comforter”, kata detektif penyiasat yang bertugas.
Baca Lagi: Mark Wahlberg Menjual Rumah Agamnya
Baca Juga: 21 Senarai Filem India Menarik Di Prime Video