Kakitangan bank curi duit datuk, dengan menggunakan akses pengurus. Bank menyiasat mengapa penyata tersebut tidak dihantar dan mendapati bahawa log masuk pengurus telah digunakan untuk meluluskan pemindahan keluar daripada akaun lelaki itu.
Lebih tiga bulan, sebanyak US$17,000 (RM78,446) telah dipindahkan daripada akaun lelaki tersebut ke akaun cucunya yang juga seorang pekerja bank. Pemindahan telah dilakukan sebanyak 12 kali dalam tempoh itu, kata polis.
Pengurus bank telah menghubungi pihak polis dan memaparkan sejarah pemindahan tersebut.
Pada bulan Mac, pengurus bank diberikan barisan gambar dan beliau mengenal pasti juruwang bank dan cucu lelaki itu sebagai orang yang dituduh membuat pemindahan secara haram, demikian menurut pihak polis.
Juruwang tersebut dituduh melakukan pencurian harta antara US$10,000 dan US$60,000 serta ditahan di Memphis pada 12 Jun lalu.
Polis dalam afidavit tidak mendedahkan untuk apa wang yang dicuri digunakan atau sama ada wang itu telah dikembalikan kepada datuknya.
Netizen turut memberi komen mengenai isu ini, mengatakan tidak sangka segelintir pihak bank juga ada yang bersikap seperti ini. Ada juga yang mengatakan berasa ingin tahu mengapa beliau berbuat demikian. Netizen juga memberi nasihat kepada orang ramai untuk menjalankan tanggungjawab yang diberi oleh syarikat dan jangan mengambil jalan mudah untuk mendapat duit secara haram.
Daripada kisah ini perlu diambil ikhtibar dan haruslah menjalankan tanggungjawab serta amanah daripada syarikat anda.
Semoga info ini bermanfaat untuk anda!
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SarangBurung