Home Lifestyle Pelajar Korea Ini Tunjuk Soalan ‘Maut’ Peperiksaan Terpenting Di Negaranya

Pelajar Korea Ini Tunjuk Soalan ‘Maut’ Peperiksaan Terpenting Di Negaranya

0

Ketika sedang melayari laman Quora, penulis tertarik dengan perkongsian seorang pengguna dari Korea yang dikenali sebagai Hayne Kang tentang sesuatu yang ingin diberitahunya kepada para peminat K-Pop.

kgds

Katanya, “Kepada peminat antarabangsa atau Koreaboos yang nak jadi orang Korea atau tinggal di sini untuk jumpa idols mereka, Korea Selatan bukanlah hebat seperti yang ditayangkan oleh media. Lebih-lebih lagi bila kamu student.”

Seterusnya Hayne tunjuk jalan kira penyelesaian untuk soalan terakhir kertas matematik dalam peperiksaan nasional yang berlangsung pada hujung November lalu.

main qimg 2f6db14b43ecab2b14281fac0c9a812b lq

“Foto ini menunjukkan jalan kira untuk satu jawapan sahaja. Panjang nak mati ini bukan untuk tiga atau dua masalah matematik, tetapi untuk satu soalan.” kata pelajar Korea berkenaan.

Ceritanya lagi, dalam setiap kertas peperiksaan matematik mesti ada tiga soalan ‘killer’ dengan peratusan tiga hingga empat sahaja untuk betul, serta ada 29 lagi soalan yang perlu dijawab dalam masa 100 minit.

“Memang main gurau kasar lah, sebab satu soalan macam ni pun ambil masa 30 minit untuk buat, jadi jarang kamu boleh pergi ke soalan terakhir (saya pun tak pernah berjaya).”

Rancak campaign 1640x614 1 7

Hayne turut menyimpulkan salah satu pengorbanan yang perlu dibuat sebagai pelajar sekolah menengah tinggi di Korea adalah tidur dan hanya mempunyai masa singkat untuk buat apa yang dimahukan.

“Jika kamu datang ke Korea, perkara pertama yang kamu kena biasakan diri adalah tidur untuk empat hingga jam sehari, atau tiga semasa musim periksa. Balik rumah atau bangun dari meja studi pada waktu tengah malam.

“Tak cukup tangan buat 13 reports untuk subjek lain-lain, buat persiapan untuk peperiksaan nasional ditambah lagi dengan exam di sekolah serentak akan jadi makanan bagi kamu.”

“Negara ni nampak jauh untuk jadi normal. jadi saya boleh katakan kamu akan bersyukur tidak pernah dilahirkan di Korea Selatan.” kata pelajar itu lagi.

Peperiksaan itu turut dikritik pakar pendidikan

Peperiksaan yang dimaksudkan oleh Hayne Kang itu mungkin Suneung atau College Scholastic Ability Test (CSAT) yang diadakan setiap bulan November di Korea.

Menurut Korea Times, pakar pendidikan Korea pernah berpendapat peperiksaan tersebut harus dihapuskan kerana soalan-soalannya terlalu rumit, melangkaui apa yang diajar di kelas sekolah menengah.

Namun pengelola CSAT turut berada dalam dilema. Jika soalannya terlalu mudah, ramai pelajar boleh skor dan jadi kerugian kepada pelajar terbaik kerana pelajar sederhana juga boleh dapat markah sebaik mereka, lapor portal Korea itu lagi.

Jadi beberapa soalan yang sangat sukar, hampir mustahil untuk diselesaikan oleh pelajar sekolah melainkan mereka masuk tuisyen atau kelas tambahan swasta.

Dengan keadaan sistem sekarang, ada pelajar yang tidur di dalam kelas kerana tidak boleh catch up atau kejar pengajaran serta tercicir daripada kurikulum.

Oleh itu, paka pendidikan Korea itu turut berpendapat tujuan Suneung itu mungkin patut diganti sebagai penilaian untuk murid dapat sijil tamat sekolah, bukan penentu masa depan. Manakala perkenalkan ujian baharu dan lain kepada pelajar dan sekolah cemerlang.