Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok closed_7776, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang lelaki luah rasa sebak pada rakan, bahawa beliau seperti mendapat ‘rasa’ yang dirinya akan berjumpa ibunya buat kali terakhir sebelum beliau pulang ke kampung tidak lama lagi. Luahan lelaki ini juga telah mendapat perhatian ramai, serta tindakan rakan-rakan yang cuba berada di sisinya walaupun bukan setiap masa telahpun mendapat pujian daripada warganet.
Lelaki ini juga mengatakan, sudah lama beliau menyimpan perkara yang dipendam selama ini dan hanya rakan-rakannya sahaja tempat dia mampu meluah. Oleh itu, reaksi rakan-rakannya selepas melihat lelaki ini luah dengan rasa sebak, mereka sanggup datang daripada jauh untuk berjumpa dengannya.
Netizen turut memberi komen mengenai video klil ini, mengatakan lelaki ini sememangnya bertuah dapat rakan sebegini. Serta tindakan rakannya yang sanggup datang untuk berjumpa dengan lelaki ini telah mendapat perhatian ramai. Ada juga yang mendoakan semoga mereka mengekalkan persahabatan itu dan dipermudahkan segala urusan.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 2M penonton, 241.5K sukaan dan 2843 komen.
Baca lagi: Anak Murid Luah Didera Ibu Bapa, Sekali Reaksi Si Guru Pula Buat Ramai Yang Sebak
Lihat klip durasi tindakan rakan-rakannya:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Ezzrarose.ee : Aku pernah nages sbb kawan tak hargai and khianat aku , skrng aku sendiri takpercaya sahabat itu wujud . Semoga persahabatan bang kekal sampai syurga
@Aidilhafzulshah: Aku nangis mat . Selama berkawan tak pernah jumpa sahabat melainkan sepupu2 aku dianggap sahabat . Susah jumpa yg ikhlas
@Missvanillaaaaaaa: pembuka bicara yg menunjukkn die sorg yg baik.. mnngigati Allah dlm stiap perkara..
@money obseoo : ya Allah , lurveenya ngan friendship lelaki . semoga persahabatan korang kekal till jannah , i wish i had a friend like this
@Shahir: Bestnya ada sahabat susah senang. Tapi aku percaya, ada kawan tu rezeki, takde kawan tu pun rezeki
@Meor Aiman: semoga circle yang ada sekarang ni kekal dan menjadi sahabat dunia & Akhirat
@Cik Puan Lola: dia kadang tetiba rasa penat. rasa sedih tetiba yg kita tak tau kenapa. nangis tu lah ubat lega.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram