Home Reality Show Pelakon Han Ga-in Dikecam Hanya Kerana Kulit Wajahnya Licin Berseri

Pelakon Han Ga-in Dikecam Hanya Kerana Kulit Wajahnya Licin Berseri

0

‘Circle House’ merupakan rancangan TV SBS di mana para selebriti dan pakar akan mengadakan sesi kaunseling kepada anak muda yang menjadi tetamu undangan program TV tersebut. Tujuannya adalah untuk mengangkat isu-isu yang dihadapi oleh para millennials dan Generasi Z hari ini.

Antara hos rancangan tersebut adalah pelakon Han Ga In dan pakar psikiatri terkenal, Oh Eun-young. Dalam episod baru-baru ini, topik hangat yang dibincangkan adalah komen-komen berbentuk kecaman.

“Saya perlu membawa luka itu di dalam hati saya, tiada tarikh luput.” luah Kwak Yoon-gi, seorang atlet Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing mengenai komen negatif yang diterimanya.

Han Ga In yang pertama kali menjadi pengacara menerusi debut ‘Circle House’ itu turut mendedahkan perasaan tentang kecaman yang tidak biasa dialaminya setelah dua dekad jadi pelakon.

“Suatu petang, saya rasa bad mood. Kerana pada pagi itu saya baca komen-komen di artikel yang mengata saya. Saya tak rasa pandangan orang terhadap saya itu penting, namun ia menguasai diri saya untuk masa yang lama jugalah.” kata aktres tersebut.

Han Ga In turut berkongsi pengalamannya jadi target kecaman hanya kerana wajahnya ‘flawless’, hampir sempurna dan cantik semula jadi.

Mendengarkan luahan aktres dan atlet kebangsaan itu, Dr. Oh Eun bersimpati dan mengatakan, “Komen-komen kasar memang meninggalkan pedih ulu hati, lebih sakit daripada kecederaan di tubuh. Jadi nasihat saya, tak payahlah tengok. Anda perlu membezakan kritikan yang membina atau meruntuhkan.