Sebut sahaja Denver dari siri drama Netflix “Money Heist: Korea – Joint Economic Area”, pasti kenal Kim Ji Hoon yang merupakan seorang pelakon terkenal Korea Selatan yang namanya kian meningkat naik.
Dilahirkan pada 9 Mei 1981, dia memulakan kerjayanya pada tahun 2001 sebagai VJ di rancangan pelbagai televisyen “Hotline.” Dia membuat debut lakonannya dalam drama televisyen 2002 “Loving You” dan memenangi anugerah Pelakon Baru Terbaik untuk peranannya dalam “How Much Love” (2006) dan “The Golden Age of Daughters-in-Law” (2007).
Dia juga turut membintangi “Flower Boys Next Door” (2013), “Goddess of Marriage” (2013), “Jang Bo Ri Is Here” (2014), “The Man Living in Our House” (2016), “Bad Thief, Good Thief” (2017) dan “The Rich Son” (2018).
Baca Lagi: 5 Pelakon Yang Pernah Menolak Tawaran Berlakon Dalam Kdrama Saeguk
Baharu-baharu ini, satu kebenaran mengejutkan tentang Kim Ji Hoon telah didedahkan pada episod “My Little Old Boy” yang disiarkan pada 12 Mac.
Dalam rancangan tersebut, Kim Ji Hoon mendedahkan bahawa dia tidak kerap mencuci pakaiannya. Katanya, dia seorang peminat tegar fesyen dan sangat meminati pakaian yang dimilikinya. Disebabkan nilai sentimental terhadap minatnya, dia pasti merasa seperti memusnahkan pakaian itu jika setiap kali ia dibasuh.
Disebabkan itu, dia tidak membasuh pakaiannya dengan kerap, malah ada juga barangan lain yang tidak pernah dicucinya sebelum ini. Sebagai ganti, dia akan menjaga barangan dan pakaiannya sebersih mungkin.
Apabila barang-barang itu dicemari dengan kesan tumpahan atau percikan makanan, dia akan mengelapnya serta-merta. Dia turut melahirkan rasa lega kerana tidak mempunyai bau badan. Apabila peluh membasahi pakaiannya, pelakon itu akan membiarkannya kering sendiri.
Dia juga mendedahkan seluar yang dipakainya untuk “My Little Old Boy” tidak dicuci selama 5 hingga 6 tahun, dan ini telah mengejutkan penonton di set. Penonton rancangan itu terkejut dengan pemikiran Kim Ji Hoon yang eksentrik tentang menjaga kebersihan pakaiannya.
Walaupun terdapat barangan tertentu harus dielakkan dari dibasuh berulang kali bagi mengekalkan bentuknya, netizen percaya dia harus mencucinya dengan lebih kerap. Mereka juga mencadangkan agar dia menggunakan mesin cucian kering untuk mengurangkan kerosakan pada pakaiannya sambil menghilangkan bau badan atau bakteria.
Semua Yang Anda Ingin Tahu Tentang Pelakon ‘Money Heist’ Kim Ji Hoon
Kim Ji Hoon mula dikenali ramai peminat selepas membintangi drama “Flower Of Evil” dan sebenarnya dia telah berada dalam industri showbiz selama dua dekad sekarang.
Berikut ialah semua yang anda perlu tahu tentang pelakon berbakat itu:
1. Dia pernah menjadi pelatih idola K-pop.
Soompi memberitahu bahawa sebelum berlakon, Ji Hoon pernah bersama SM Entertainment dan sepatutnya debut sebagai idola.
2. Dia cukup aktif di media sosial! Anda boleh mengikutinya di Instagram miliknya @jiraishin99.
3.Kim Ji Hoon menyukai tumbuhan! Dia juga berkongsi perkembangan tumbuhannya di laman instagramnya.
4. Banyak lagi hobi Kim Ji Hoon yang lain termasuk menyemak pasaran saham, meningkatkan kemahiran bola keranjangnya, dan memperbaiki persembahan nyanyiannya di akademi vokal.
5. Dia memasak dan juga mempunyai airfryer! Sorotan kisah di Instagramnya menunjukkan beberapa hidangannya yang paling sedap!
6. Dia sangat suka rambut panjang dia.
Dalam temu bual Mac 2021 dengan 1st Look (seperti yang diterjemahkan oleh Soompi), dia berkongsi: “Saya mahu mengekalkan rambut saya selama ini. Jika rambut saya menjadi lebih pendek daripada ini, itu mungkin kerana pekerjaan saya. Saya mahu memotongnya apabila saya rasa saya sudah puas memilikinya.”
7. Dia seorang pakar dalam hal penjagaan kulit. Apabila dia muncul dalam rancangan I Live Alone, hos tergamam melihat betapa telitinya dia dengan rutin penjagaan kulitnya.
Dia pun guna toner! “Anda sapu muka anda dengan itu sebelum menggunakan apa-apa lagi. Apabila anda mengelap muka anda dengan toner, kulit anda menjadi lebih baik,” kata Ji Hoon kepada hos lelaki yang keliru.
Adakah anda (lelaki) juga seperti Kim Ji Hoon yang begitu menitikberatkan penjagaan kulit wajahnya? Atau anda juga obses dengan pakaian serta fesyen sendiri sehingga merasa sayang hendak mencuci pakaian tersebut?
Baca Juga: Lee Yi Kyung Ditawarkan Kdrama Terbaru Berdasarkan Siri Webtoon