Gadis kecil dari “Miracle in Cell No.7” yang telah membuat penonton menangis sebaldi air mata sekarang sudah dewasa.
“Miracle in Cell No.7” ialah salah satu filem popular Korea. Filem keluarga itu menceritakan kisah kasih sayang antara seorang bapa yang cacat mental yang telah dituduh membunuh, bersama dengan anak perempuannya yang comel.
Dalam pengakhiran yang memeritkan, demi melindungi anak perempuannya, si bapa dengan terpaksa mengaku telah melakukan jenayah yang tidak dilakukannya.
“Miracle in Cell No.7” menandakan kejayaan besar pertama aktres kanak-kanak Kal So Won apabila lakonan cemerlangnya pada usia 7 tahun membuatkan penonton menangis.
9 tahun selepas peranan utama pertamanya dalam “Miracle in Cell No.7”, Kal So Won kini menjadi pelakon di bawah YG Entertainment.
Dia kerap terlibat dalam projek yang berbeza, tetapi hanya sekadar watak sampingan. Ini kerana dia masih perlu memberi tumpuan kepada pelajarannya.
Baru-baru ini, So Won meng’update’ Instagramnya dengan gambar baharunya dalam drama akan datang.
Pada usia 17 tahun, So Won kelihatan dewasa tetapi masih cantik dan comel sama seperti dulu.
Walaupun hampir tidak memakai sebarang solekan, kecantikannya masih berseri-seri. April ini, So Won akan membuat kemunculan semula dalam siri baharu MBC dan Netflix “Tomorrow”.
Berbanding visual di kaca tv, So Won yang berusia 17 tahun kelihatan lebih kepada pelajar sekolah menengah dalam kehidupan sebenar.
Dia juga kerap berkongsi detik kehidupan sehariannya di Instagram, kebanyakannya gambar dia memakai pakaian seragam sekolah.
Sumber [1]