Kang So Ra dedah rahsianya pernah turun 20kg (44lbs).
Pada 17 Januari, Kang So Ra muncul sebagai tetamu istimewa dalam rancangan radio SBS Power FM ‘Choi Hwa Jung’s Power Time.’ Pada hari tersebut, Kang So Ra ditanya tentang rahsia untuk kekal cergas dan tips menurunkan berat badan.
Kang So Ra secara terang-terangan berkongsi, “Jadi saya mempunyai sejarah kehilangan banyak berat badan pada masa lalu. Tetapi takde rahsia apa pun.”
Dia menghuraikan, “Anda pada asasnya hanya perlu berlapar dan bersenam. Anda tidak boleh berfikir tentang menurunkan berat badan kalau anda masih makan tiga kali sehari. Itu tidak realistik.”
Dia menyambung, “Saya makan dalam jumlah yang sedikit dan saya akan berlapar pada hari berikutnya kalau saya makan berlebihan pada hari sebelumnya.” Kang So Ra menekankan kepentingan bersenam dan berkongsi, “Saya melakukan balet sekarang ini, tetapi saya juga melakukan angkat berat dan yoga.”
Sementara itu, Kang So Ra mendapat banyak perhatian selepas kehilangan lebih 20 kg melalui diet dan bersenam.
Pada hari itu, Kang So Ra berkongsi, “Saya makan banyak dan badan saya menjadi gemuk ketika di bangku sekolah. Saya makan banyak semasa sekolah menengah. Saya akan sentiasa pergi ke kedai untuk mendapatkan makanan ringan semasa waktu rehat. .” Dia menambah, “Saya masih suka makan tetapi saya cuba untuk mengekalkan bentuk badan saya, jadi saya tidak boleh makan banyak pastri.”
Baca lagi: Song Hye Kyo Berkata Jika Dia Dilahirkan Semula, Dia Tidak Mahu Menjadi Dirinya Lagi
Baca lagi: “Suara Mereka…”Netizen Terkejut Dengan Persembahan Encore NewJeans Baru-Baru Ini.
Bahaya cara diet Kang So Ra ni. Hmm
Sumber: [1]