Home Artis Korea Pelakon Snowdrop, Park Soo Ryun Meninggal Dunia

Pelakon Snowdrop, Park Soo Ryun Meninggal Dunia

0

Khabar duka tiba dari Korea Selatan apabila pelakon wanita yang sedang meningkat naik iaitu Park Soo Ryun dilaporkan meninggal dunia pada 11 Jun 2023 di usia yang baru menjangkau 29 tahun.

Pelakon drama siri Snowdrop itu meninggal dunia kerana terjatuh dari tangga di kediamannya.

IMG 0703

Portal berita tempatan Korea Selatan iaitu OSEN telah melaporkan bahawa pada 11 Jun 2023, Park Soo Ryun meninggal dunia akibat terjatuh dari tangga rumahnya.

Berdasarkan laporan portal berita itu, doktor sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan pelakon wanita terbabit namun ternyata gagal. Park Soo-ryun telah disahkan mengalami keadaan mati-otak hingga kemudian meninggal dunia.

Rumah duka Park Soo-ryun bertempat di Hospital Suwon di Pusat Medikal Wilayah Gyeonggi, Korea Selatan. Dikhabarkan juga upacara pemakaman dan pengebumian akan diadakan pada hari Selasa iaitu 13 Jun 2023.

Pemergian Park Soo Ryun yang berlaku secara tiba-tiba itu telah mengejutkan keluarga, selebriti, rakyat Korea Selatan dan seluruh dunia, terutama sekali para peminat setia pelakon ini.

IMG 0704

Pihak keluarga Park Soo Ryun mendedahkan bahawa mereka sebulat suara bersetuju untuk mendermakan organ pelakon wanita tersebut sebagai tanda penghormatan terakhir buat mendiang.

“Hanya otaknya yang tidak sedar dan telah mati, tapi jantungnya masih berdegup. Pasti ada seseorang yang memerlukan jantung tersebut,” kata ibu Park Soo Ryun seperti yang dikutip daripada portal iMBC via Naver, pada Isnin, 12 Jun 2023.

“Sebagai ibu dan ayahnya, kami boleh hidup dengan tenang selepas ini kerana mengetahui bahawa jantungnya telah diberikan kepada seseorang dan jantung itu terus berdegup,” lanjutnya lagi.

Park Soo Ryun merupakan pelakon wanita yang juga dikenali sebagai seorang ahli muzik. Mendiang telah membuat debut pada tahun 2018 melalui sebuah pertunjukan muzikal yang bertajuk il tenore.

Mendiang Park Soo Ryun juga turut tampil dalam beberapa acara muzikal yang lain, seperti Finding Kim Jong-wook, Passing Through Love, Siddharta, dan juga The Day We Loved.

Park soo ryun

Selain itu, Park Soo Ryun juga turut dikenali sebagai salah seorang pelakon dalam drama siri Snowdrop yang dibintangi oleh Jung Hae In dan juga Jisoo BLACKPINK. Drama siri tersebut telah ditayangkan pada akhir tahun 2021 hingga awal tahun 2022 yang lalu.

Baca lagi: 10 Kdrama Yang Mencetuskan Kontroversi, Termasuk “Doctor Cha”

Baca juga: 11 Kdrama ini tamat pada bulan Jun 2023