Home Kdrama/Kmovie Pelakon Ternama Bukan Lagi Gerenti Kejayaan K-Drama? Ini Topik Hangat Perbincangan Netizen...

Pelakon Ternama Bukan Lagi Gerenti Kejayaan K-Drama? Ini Topik Hangat Perbincangan Netizen Korea

0

Adakah nama-nama besar dalam industri hiburan bukan lagi tiket ekspres kejayaan sesuatu siri drama?

Saya tertarik dengan topik ini kerana ia menerbangkan fikiran saya ke era awal 2000-an dulu semasa awal-awal kemunculan drama Korea di skrin TV Malaysia.

Pada ketika itu, cerita Korea memang best-best meskipun rupa pelakonnya biasa-biasa saja, tak hensem atau cantik seperti sekarang sebagai daya penarik tetapi manisnya tetap ada. Perlahan-lahan drama Korea mula mendapat tempat di hati penonton Malaysia. Saya rasa mungkin kerana kekuatan jalan ceritanya, berbeza dengan Hollywood yang menjual rupa.

Kini saya lihat nampaknya orang lebih teruja nampak pelakon dulu sebelum storyline. Biasalah, bila kita minat lakonan seseorang, mesti kita cari hasil kerjanya yang lain juga. Saya pun sama.

Tetapi adakah bintang yang jadi muka hadapan sesuatu drama atau movie ini satu jaminan untuk cerita itu berjaya?

Netizen di laman forum Korea Theqoo menyenaraikan drama yang sedang disiarkan sambil buka topik ‘Kini aktor/aktres yang top bukan lagi gerenti kejayaan K-drama’ melihatkan rating yang tidak begitu tinggi di Korea Selatan.

Antara drama Korea yang tersenarai seperti berikut:

‘Reflection of You’ (JTBC) dibintangi Go Hyun Jung, rating tontonan: 3.6%

1637532101 10

‘Inspector Yoo’ (JTBC) dibintangi Lee Young Ae; rating tontonan: 2.7%

1637532101 11

‘Jirisan’ (tvN) dibintangi Jun Ji Hyun dan Joo Ji Hoon dengan penulis top seperti Kim Eun Hee dan Kim Eung Bok; rating tontonan: 10.7%

1637532101 12

‘Now, We Are Breaking Up’ (SBS) dibintangi Song Hye Kyo dan Jang Ki Yong; rating tontonan: 8.0%

1637532101 13

‘Melancholia’ (tvN) dibintangi Im Soo Jung dan Lee Do Hyun; rating tontonan: 3.6%

1637532101 14

Berikut komen-komen netizen:

“Sekurang-kurangnya drama lakonan Jun Ji Hyun dan Song Hye Kyo lepas juga 8%…”

“Dah tak minat dengan industri hiburan hari ini.”

“Saya tengok Jirisan ni pun sebab Jun Ji Hyun lah…”

“Penting ke rating ni sekarang? Nampaknya dah bermula era streaming atau eksport ke oversea yang menguntungkan drama ini.”

“Semua orang tengah susah dan letih nak fikir, jadi ini mungkin efek orang yang cari content jenis healing.”

“Sejujurnya saya rasa pelakon lelaki masih boleh pegang rating, tapi nampaknya pelakon wanita macam lost sikit dan hilang power untuk box office.”

“Saya dah tak tengok drama atau movie selepas tengok siapa pelakonnya hahahhahaha.”

Ada yang berpendapat kekuatan drama terletak pada penulisan cerita

“Saya tak akan tengok sesuatu cerita itu walau ada pelakon famous sekali pun. Saya rasa penulis lagi penting sekarang ni.”

“Pelakon kelas A penting juga untuk menjayakan cerita. Kalau saya di tempat mereka, saya akan pilih skrip bagus dulu.”

“Mungkin jalan cerita tu yang tak menarik. Nak cover dengan skil lakonan pun tak boleh.”

“Apa pun memang betul skrip lebih penting daripada pelakon.”

“Mesti ada banyak penulis yang boleh menulis dengan bagus. Tetapi bukan mudah nak cari. Pelakon pun mesti nak bekerja dengan skrip yang bagus, namun berapa kerat je yang keluar setiap tahun.”

Sumber: [1], [2]