Home K-History Pelakon Zombie Detective, Jung Chae Yul Meninggal Dunia

Pelakon Zombie Detective, Jung Chae Yul Meninggal Dunia

0

Pelakon wanita dan model terkenal Korea Selatan iaitu Jung Chae Yul, yang sebelum ini muncul dalam drama hit ‘Zombie Detective’ ditemui meninggal dunia di kediamannya.

Jung Chae Yul meninggal dunia pada 11 April di usia 26 tahun, menurut laporan media Korea tempatan. Mengutip dari portal Pink Villa, Selasa 11 April 2023, tidak ada informasi tambahan mengenai penyebab kematiannya dan tidak ada banyak perkara yang telah dilaporkan setakat ini selain dia ditemukan meninggal di rumahnya.

Jung Chae Yul sebelum ini terkenal kerana tampil sebagai pelakon pembantu dalam drama Korea (Kdrama) Zombie Detective.
Syarikat pengurusannya iaitu Esteem Entertainment, telah mengesahkan berita kematian pelakon jelita itu namun tidak memberi sebarang kenyataan secara lengkap.

545073e6 59e9 4e10 a9f9 86ace0166f15

“Kami di sini adalah untuk menyampaikan berita yang memilukan. Pelakon Chaeyul telah meninggalkan kita,” kata pihak pengurusan.

“Majlis pengebumian akan diadakan secara tertutup sesuai dengan permintaan keluarganya yang lebih sedih daripada siapa pun. Kami harap kalian mendoakan mendiang Chae Yul supaya dapat bersemadi dengan tenang,” kata pihak pengurusan.

Baca Lagi: 14 Pelakon Yang Berjaya Memegang Watak Utama Dalam Kdrama 2023

Mengenai Jung Chae Yul, pada waktu ini mendiang pelakon itu diwakili oleh Esteem Entertainment. Chae Yul membuat debut TV pada 2016 di acara Devil’s Runaway. Dia membuat debut lakonan filemnya pada tahun 2018 melalui filem yang bertajuk Deep.

773cc23c cdd4 4fbe 8c2f f3d1ddea790a 7eeeea02 12eb 479c aa67 2dcfd3046c45Jung Chae Yul meraih populariti dengan penampilannya dalam drama siri 2020 iaitu Zombie Detective, mendiang Jung Chae Yul melakonkan watak sebagai Bae Yoon Mi. Jung Chae Yul sepatutnya tampil dalam drama siri yang akan datang iaitu ‘Wedding Impossible,’ yang kini sedang dalam proses penggambaran.

Hantaran Instagram Terakhir Jung Chae Yul

Kematian Jung Chae Yul mengejutkan para pelakon dan juga kru Kdrama Wedding Impossible. Dia juga masih aktif di laman Instagram peribadinya pada dua hari yang lepas dan sempat meninggalkan sebuah hantaran buat tatapan ramai.

cfef2784 4f89 4841 aff6 537df9deee6b Dia menulis di laman Instagram miliknya yang dikenali sebagai @chaeyull, dia memang kerap berkongsi hantaran tentang pelbagai kejadian dalam hidupnya, termasuk kegiatan penggambaran dan kerja-kerja lain yang dia lakukan.

Bukan hanya itu, beberapa hantaran Jung Chae Yul juga turut menunjukkan momen penting sewaktu artis ini melancong ke luar negara dan terdapat juga hantaran yang dikongsi menunjukkan saat-saat manis sewaktu Jung Chae Yul masih kecil.

Dalam hantaran Instagramnya baru-baru ini, dia berkongsi gambar dirinya yang sedang tersenyum. Dia menulis caption “Let’s Smile”. Sebelum ini dia juga telah berkongsi video pendek tentang dirinya yang sedang bermain dengan daun-daun dan dalam caption tulisannya, dia berjanji untuk kerap berkongsi video tentang dirinya.

1fb983e2 bf58 441a 942a 4b2bb904f24c

Berita kematian Jung Chae Yul secara tiba-tiba membuatkan para peminat dan rakan-rakan artis sangat terkejut dan tidak percaya. Ramai artis dan peminat yang menulis luahan hati ke media sosial untuk mengungkapkan kata-kata akhir dan rasa berduka atas kehilangannya.

Baca Juga: 8 Pelakon Wanita Korea Belum Pernah Berlakon Drama Saeguk