Seorang wanita dari Colombia memuat naik video tentang pengalamannya semasa pergi ke Korea di TikTok.
Video berkenaan yang memaparkan ‘hanya berlaku di Korea’ mengundang pelbagai reaksi netizen negara kimchi itu dan menjadi topik hangat yang diperbincangkan oleh mereka dalam komuniti dalam talian, lapor media Korea.
Menerusi video TikTok berkenaan, pelancong berkenaan menyatakan betapa kagumnya dia tentang situasi yang selamat di Korea.
Contohnya, wanita berjalan sendirian di tengah malam dan kanak-kanak berjalan seorang diri dengan telefon pintar.
Lebih mengejutkan lagi, nampaknya hampir tiada seorang pun pencuri di tempat-tempat awam di Korea dan boleh selamba tinggalkan barang begitu sahaja.
Rata-rata netizen dari luar negara komen, “Kalau di Colombia, dalam masa 3 saat dah kena curi.” dan “Di Venezuela, kerusi pun kena angkut.”.
Hati mereka telah dicuri dan berasa sungguh kagum dengan budaya selamat di Korea Selatan.
Namun menurut laman portal itu lagi, netizen Korea (Knetz) difahamkan berasa simpati dengan mereka yang hanya nampak sisi Korea menerusi lensa mata pelancong asing yang baru beberapa hari duduk Korea.
Knetz turut mengaitkan dengan kes kecurian basikal yang sebenarnya berleluasa di sana.
“Di Korea, basikal pun tak selamat.”
“Saya tak curi basikal, tapi saya curi pelana basikal.”
“Bila aku tinggal kejap basikal, tengok-tengok tinggal roda je lepas tu.”
“Basikal banyak dicuri, tetapi berbanding dengan negara lain, basikal dicuri sekerat-kerat.”