Sebuah keluarga menerima sebanyak AS$800,000 (RM3.6 juta) selepas panel juri di Florida menganugerahkan ganti rugi tersebut kerana isu ‘nugget’ ayam.
Tuntutan undang-undang itu dikemukakan terhadap sebuah syarikat makanan segera dan francaisnya, selepas seorang kanak-kanak mengalami luka melecur akibat makan nugget ayam yang didakwa terlalu panas.
Pada Mei lalu, juri telah memutuskan bahawa rwstoran dan pemilik francais itu bertanggungjawab kerana gagal memberi peringatan atau memberikan arahan wajar tentang nugget panas ketika disajikan di restoran berkenaan di Tamarac.
Baca lagi: “Cara Lipat Tisu Pun Dah Expert”-Reaksi Rozita Che Wan Bungkus Makanan Lebihan Raih Perhatian
(Gambar hiasan)
Lihat juga video dibawah:
Pada khamis lalu, panel juri bersetuju memberikan ganti rugi itu kepada keluarga tersebut untuk rasa sakit, penderitaan, cacat, penderitaan mental, ketidakselesaan dan kehilangan keriangan untuk menikmati hidup.
Ganti rugi itu turut meliputi AS$400,000 (RM1.83 juta) bagi cedera yang dialami di masa lalu dan AS$400,000 untuk kerugian yang akan dialami pada masa depan.
Dalam satu kenyataan, peguam keluarga tersebut mengatakan, keputusan penting itu menyababkan pengakhiran bermakna kepada proses undang-undang yang sukar dan berlarutan.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Sarang Burung