Home Video Pelanggan Tegur Nasi Lemak Ayam RM2 ‘Mahal’, Sekali Reaksi Peniaga Ini Tarik...

Pelanggan Tegur Nasi Lemak Ayam RM2 ‘Mahal’, Sekali Reaksi Peniaga Ini Tarik Perhatian Ramai

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok abangseringgit, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang lelaki sedang membuat siaran langsung di sebuah platform media sosial, sambil menjual nasi lemak. Lelaki ini mengatakan kepada pelanggan tersebut bahawa nasi lemak berharga RM1 sudah habis, yang masih ada hanya nasi lemak ayam yang berharga RM2 sahaja tetapi ditegur pula oleh pelanggan yang dikatakan mahal.

Screenshot 2023 09 01 164100
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan teguran yang dibuat oleh pelanggan tersebut membuatkan peniaga itu kurang selesa dengan responnya. Namun reaksi peniaga tersebut masih melayaninya dan menukar topik dengan pelanggan yang lain. Ada juga yang memberi pesanan jika terjumpa pelanggan sebegini, untuk beri kepadanya secara percuma. Netizen juga mendoakan semoga lelaki ini dimurahkan rezeki dan bersabar dengan segala dugaan yang ditimpa olehnya.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 43.7K penonton, 748 sukaan dan 279 komen.

Baca lagi: Peniaga Kedai Makan Luah Perasaan Tidak Puas Hati Apabila Kedai Makannya Diserbu Penguatkuasa Tanpa Notis

Baca lagi: Menyelinap Masuk Dalam Enjin Kereta, Kucing Ini Senyap2 Ikut Tuannya Berjalan

Lihat klip durasi pendek reaksi peniaga ini selepas ditegur:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@kenotbrain999: ko bagi dia 5bungkus free lain kali..duit nanti claim ngan @aku ..ckp dgn dia ader org sedekah utk fakir miskin…

@Hilmy Mazlan: Kalau aku, aku kasi free je kat dia. Cakap kat dia sedekah, suruh dtg lg sok. Kalau setakat 2 bungkus sehari InshaAllah mampu….

@yaz86: macam kelakar je pakcik masuk sepahtu la ada bakat terpendam

@WATERPROFING SOLUTION: banyak pakcik jenis mcm ni, aku kerja tukang dia complen mahal aku terus free kan esok tu anak dia call nk byar

@Man7890: kt taman sy..nsi lemak telur rebus suku…dgn timun..saja 2.50..tlur mte dh jdi 3 rgt…tu bgkus tu..bkn dlm bekas..

@Inchik Manz: haha samalah bang,saya niaga nasi lemak telur+ikan bilis+kacang rm1.20 org minta nego rm1

@Sapik Bonham: soto pun sekarang dah 6 ringgit cik, entah2 dah 8ringgit. nak murah acik beli ler ayam sekor, mintak makcik masakan sambal.

@Syahrul Badrin: pakcik pon agak² la nak mngecong… soto 2hgt mana dpt weii…

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram