Home News Pelanggan Terkejut Jumpa Kaki Tikus Dalam Sup

Pelanggan Terkejut Jumpa Kaki Tikus Dalam Sup

0

Sebuah restoran terkemuka di Michigan, Olive Garden berdepan dengan tuntutan mahkamah selepas seorang pelanggannya menemui kaki tikus di dalam sup yang dihirupnya.

Kaki Tikus Menusuk Hidung

SupKakiTikus1

Memetik laporan The Mirror UK, lelaki yang dikenali sebagai Thomas Howie, 54, mendedahkan dia ke sana untuk menjamu selera bersama beberapa orang rakannya.
Sewaktu sedang asyik menghirup sup, Thomas merasakan sesuatu tidak kena pada makanan yang dihidangkan kepadanya.

Baca lagi: Warga Emas Menang Duit Sebanyak RM42 Juta, Rupanya Ini Yang Dilakukan Oleh Beliau

Baca lagi: Sebab Nama Dalam IC Ada Bin, Binti dan BTE, Rupanya Ramai Tak Tahu Maksud Sebenar

“Saya merasakan ada sesuatu menusuk pada mulut saya. Saya sangkakan itu adalah jarum namun benda asing tersebut menusuk bahagian dalam pipi saya.”

Tidak berpuas hati dengan perkara tersebut, Howie terus mengeluarkan objek tersebut dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bahawa ia sebenarnya adalah kaki tikus yang masih berbulu dan berkuku.

Berang dengan situasi itu, rakan kepada Howie memanggil pekerja restoran terbabit namun mereka tidak pasti apa yang perlu dilakukan.

1 iStock 000003354915Large

Howie kemudiannya pergi ke pusat perubatan serta melaporkan insiden tersebut kepada Jabatan Polis Warren di Michigan.

“Saya berjumpa doktor untuk mendapatkan suntikan tetanus serta beberapa ubat kumur antibiotik bagi menyucikan semula dalam mulut saya.”

Dalam pada itu, peguam kepada Howie, Daniel Gwinn memakumkan bahawa pihaknya terpaksa memfailkan tuntutan mahkamah selepas percubaan untuk menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah tidak menemui jalan penyelesaian.

Sumber: The Mirror UK