Home K - Pop Pelatih K-Pop Ini Cerita Kenapa Dia Tinggalkan Agensi Ternama

Pelatih K-Pop Ini Cerita Kenapa Dia Tinggalkan Agensi Ternama

0

Lee Ji-woo, trainee K-pop berkongsi cerita mengapa dia tinggalkan agensi K-pop ternama seperti SM, JYP dan YG Entertainment.

Baru-baru ini, TV MBC memuat naik teaser rancangan ‘My Teenage Girl’ yang bakal disiarkan nanti.

201607718 1280

Dalam video berkenaan, Ji-woo bercakap dengan pakar psikiatri, Dr. Oh Eun-young tentang kehidupannya sebagai trainee.

“Pada mulanya saya menyertai SM Entertainment bagi berlatih untuk buat debut K-pop. Tetapi beberapa bulan kemudian saya berpindah ke JYP Entertainment. Saya masuk ke bahagian lakonan di sana, bukan K-pop.” kata Ji-woo.

Kemudian gadis itu menjelaskan mengapa dia memilih untuk tinggalkan agensi besar yang jadi impian kebanyakan trainee atau pelatih K-pop bermimpi untuk masuk.

201607719 1280

“Apabila berada di sana, saya merasakan tekanan yang sangat besar sehingga saya takut untuk menari.”

“Pada akhir setiap bulan, saya terpaksa menari di hadapan pelatih lain serta jurulatih saya. Saya tidak boleh berbuat demikian. Saya berasa takut untuk menari dengan mereka yang memandang saya.” jelasnya.

Lee Ji-woo mendedahkan bahawa dia bermimpi untuk menjadi bintang K-pop sejak kecil lagi.

“Ia adalah impian saya sejak sekian lama, tetapi saya tidak dapat mengatasi ketakutan saya yang takut kena judged ketika berada di agensi tersebut. Itulah sebabnya saya keluar.”

201607720 1280

“Semasa saya menyertai rancangan ini, rasa takut kembali menyelubungi saya. Saya hanya boleh menari apabila saya bersendirian, jadi saya berlatih koreografi selepas pulang ke rumah, sehingga jam tiga hingga empat pagi.”

Tambahnya lagi, “Walaupun saya telah mencuba bersungguh-sungguh, rasanya skil tarian saya tiada sebarang peningkatan. Saya juga berasa kecewa apabila pengajar tarian memberi komen negatif tentang tarian saya.”

Sumber: [1]