Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Pelbagai Pilihan October Ini, 9 Filem dan Drama Korea Ini Akan Menemani...

Pelbagai Pilihan October Ini, 9 Filem dan Drama Korea Ini Akan Menemani Anda

0

Para peminat filem dan drama Korea pastinya menunggu bulan Oktober dengan penuh semangat bukan?

Pada bulan September ini industri hiburan Korea Selatan telah menyajikan pelbagai karya dengan bermacam jenis genre seperti romantik, misteri, dan juga sageuk.

Nampaknya pada bulan Oktober nanti, para peminat filem dan drama Korea akan disajikan dengan pelbagai karya menarik yang lain pula. Tidak sabar bukan?

Salah satu karya yang paling dinantikan adalah drama Jeongyeon: The Star is Born yang mengisahkan tentang perjuangan seorang pelakon wanita di era 1950-an, yang dibintangi Kim Tae Ri. Selain itu, terdapat juga filem misteri yang dibintangi oleh Jaehyun NCT yang bakal membuatkan anda ingin tahu.

Berikut ini sembilan filem dan juga drama Korea yang akan ditayangkan pada bulan Oktober 2024.

1. Drama Spice Up Our Love

Drama koreaLee Sang Yi dan Han Ji Hyun yang membawa watak sebagai second couple dalam drama No Gain No Love akan kembali bergandingan. Oleh kerana gandingan mereka dalam No Gain No Love ini disambut hangat oleh para peminat, pihak TVING baru sahaja melancarkan poster untuk drama Korea yang berjudul Spice Up Our Love.

Spice Up Our Love adalah drama romantik fantasi yang merupakan spin-off untuk No Gain No Love. Drama Korea ini mengisahkan tentang perjalanan cinta yang penuh kejutan dari Nam Ja Yeon (Han Ji Hyun), seorang novelis web romantik yang belum pernah bercinta seumur hidupnya. Secara ajaib, Nam Ja Yeon mendapati dirinya berubah menjadi karakter utama wanita dalam novelnya sendiri iaitu Seo Yeon Seo.

Tanpa disangka, dia terlibat dalam kisah cinta yang mendebarkan dengan watak utama lelaki dalam novelnya iaitu Kang Ha Joon (Lee Sang Yi) yang membawa dinamika baru dalam hidupnya. Drama Korea ini boleh ditonton pada 3 Oktober 2024.

2. Drama Family by Choice

d37ceec9 fee6 437c b3e1 d9dc5cebe881Family by Choice adalah drama romantik yang mengisahkan tentang tiga orang sahabat yang membesar bersama tanpa hubungan darah, namun mereka menganggap diri mereka sebagai keluarga. Selepas terpisah selama sepuluh tahun, mereka akhirnya bertemu kembali.

Hwang In Youp membawa watak sebagai Kim San Ha, seorang lelaki tampan yang tampaknya memiliki segalanya. Dia membesar bersama Yoon Ju Won (Jung Chaeyeon) dan Kang Hae Jun (Bae Hyun Seong) seperti saudara kandung, namun tiba-tiba memutuskan untuk membawa diri. Selepas 10 tahun, Kim San Ha kembali ke dalam kehidupan mereka, membawa cerita yang lebih kompleks. Family by Choice akan ditayangkan secara perdana pada 9 Oktober 2024.

3. Drama Dongjae: The Good or The Bastard

1022bcdb dc65 4af8 86fa 76d1e730d725

Dongjae: The Good or The Bastard adalah spin-off untuk drama Forest of Secrets, dengan penulis asli Lee Su Yeon kembali sebagai pencipta drama ini. Siri ini menggali lebih dalam kehidupan Seo Dong Jae (dibawa oleh Lee Jun Hyuk), seorang pendakwa raya di Pejabat Pendakwa Raya Daerah Cheongju yang berjuang membersihkan namanya selepas terjerat skandal rasuah di masa lalu.

Dalam drama Korea ini, Seo Dong Jae perlu menghadapi Nam Wan Sung (Park Sung Woong), CEO Lee Hong Construction, yang terlibat dalam konflik berbahaya. Pertempuran undang-undnag dan moral mereka akan menjadi pusat bagi siri ini yang pastinya intens. Dongjae: The Good or The Bastard akan ditayangkan pada 10 Oktober 2024.

4. Drama Doubt

a363c92c b978 4360 93f7 46748000785bDoubt adalah drama MBC pertama dari pelakon senior Han Suk Kyu selepas 30 tahun. Drama Korea genre thriller psikologikal ini menceritakan tentang kisah Jang Tae Soo, seorang profiler jenayah terkenal Korea yang dihadapkan pada dilema besar ketika dia menemui rahsia mengejutkan tentang anaknya yang terlibat dengan kes pembunuhan yang sedang ditanganinya. Dengan ketegangan yang terus meningkat, Doubt bakal memikat penonton melalui kisah menegangkan dan misteri di setiap episod nanti. Drama ini akan memulakan tayangannya pada 11 Oktober 2024.

5. Drama Jeongnyeon: The Star Is Born

209cdf8b 3582 45cf a419 817f49a5bb9fBerdasarkan webtoon popular, Jeongnyeon: The Star Is Born adalah drama yang diarahkan oleh Jung Ji In (The Red Sleeve), berlatarkan tahun 1950-an, selepas Perang Korea. Drama Korea ini mengikuti perjalanan Jeong Nyeon (Kim Tae Ri), seorang penyanyi muda berbakat yang bercita-cita mahu menjadi bintang teater tradisional. Dalam menghadapi cabaran persaingan, persahabatan, dan perjuangan peribadi, Jeong Nyeon berjuang untuk mencapai impiannya pada masa-masa sukar bagi negaranya. Jeongnyeon: The Star Is Born akan ditayangkan secara perdana pada 12 Oktober 2024.

6. Drama A Virtuous Business

515fe7b7 1137 455c a430 a3c3f6bdd656A Virtuous Business adalah remake dari siri televisyen England iaitu Brief Encounters. Berlatarkan tahun 1992, drama Korea ini mengikuti kisah empat orang wanita yang menemui persahabatan dan kekuatan untuk berdikari melalui pekerjaan yang tidak diduga iaitu menjual produk dewasa dari pintu ke pintu rumah di sebuah kampung kecil. Dalam masyarakat yang masih tidak mahu membahaskan topik-topik seperti itu, mereka menghadapi pelbagai tentangan dan pertumbuhan secara peribadi. A Virtuous Business akan ditayangkan secara perdana pada bulan Oktober 2024, namun tarikh sebenar tayangan belum diumumkan.

7. Filem You Will Die in 6 Hours

f76f817e 7259 4c5e 9f1b 3722d8812547You Will Die in 6 Hours adalah adaptasi dari novel Jepun karya Takano Kazuaki. Filem ini mengikuti kisah Jung Yoon (Park Ju Hyun), seorang wanita yang nasibnya diramalkan oleh seorang lelaki misteri, Joon Woo (Jaehyun NCT). Dalam usaha untuk menghindari kematiannya yang dijangkakan akan terjadi dalam enam jam, mereka bekerja sama untuk mencari pembunuh sebelum waktu dakwaan di mahkamah habis. Dibintangi juga oleh Kwak Si Yang, filem ini akan ditayangkan secara perdana pada 16 Oktober 2024.

8. Filem Heavy Snow

2c214880 7a80 4c2a 9b91 e7c087b0d8c3Filem Heavy Snow yang terjual habis hanya dalam satu minit di Festival Filem Antarabangsa Jeonju, semakin mendapat perhatian secara global. Filem ini merupakan debut Han So Hee di layar perak sebagai Seol, seorang pelajar sekolah yang telah lama bekerja sebagai pelakon namun masih merasa ragu-ragu tentang keinginannya. Dalam perjalanan bersama Su An, seorang calon pelakon muda yang penuh bersemangat, Seol menemui ketenangan dan makna di tengah-tengah kehidupannya yang sepi. Heavy Snow akan ditayangkan di pawagam pada bulan Oktober 2024 nanti.

9. Filem Uprising

62b049c9 490b 44e5 aabb 09fc630f1299Netflix telah mengesahkan tayangan filem Uprising, sebuah filem aksi sejarah yang berlatarkan pada masa penjajahan Jepun ke Korea. Filem ini mengisahkan tentang dua orang sahabat masa kecil, Jong Ryeo (Park Jung Min) dan Cheon Young (Kang Dong Won), yang membesar dalam keluarga tentera terkemuka di Joseon. Namun, semasa mereka dewasa, persahabatan mereka diuji ketika Jong Ryeo menjadi perwira kerajaan dan Cheon Young bergabung dengan pasukan pemberontak. Uprising akan ditayangkan secara perdana pada 11 Oktober 2024.

Bermula dari genre romantik masa muda yang manis hingga aksi yang menegangkan, filem dan drama Korea ini bakal meriahkan bulan Oktober 2024 dengan banyak pilihan. Nantikan ya!

Baca lagi: Bagaimanakah Justitia Diberikan Hukuman dan Dihantar Ke Bumi dalam The Judge from Hell?
Baca juga: 7 Drama Korea dengan Episod Pendek, Semua Keluaran 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here