Home New Post Pemandu Myvi ‘Sound’ Abg Lori, Kesabaran Pemandu Lori Ini Raih Pujian Netizen

Pemandu Myvi ‘Sound’ Abg Lori, Kesabaran Pemandu Lori Ini Raih Pujian Netizen

0

Kebiasaanya di kawasan-kawasan kampung terdapat peraturan di mana lori atau kenderaan berat yang lain tidak dibenarkan masuk.

Baru sahaja dua hari lepas tular video di media sosial di mana dapat dilihat situasi pemandu myvi yang telah menegur atau bahasa kasarnya ‘sound’ seorang pemandu lori yang katanya masuk ke dalam kawasan kampung. Dapat didengari teguran yang diberikan oleh pemandu Myvi itu sedikit kasar dan pastinya akan membuat sesiapa yang mendengar untuk turut serta naik angin. Namun apa yang membuat netizen kagum adalah cara pemandu lori membalas balik teguran itu penuh dengan berhemah. Di ruangan komen ramai yang memuji cara pemandu lori itu yang bercakap dengan sabar dan masih tenang.

“sopan santun abg lori…tahniah kerani berbudi bahasa…”

“Aq sangat respect pada pemandu lorry ni sangat bersopan santun Dan budibahasa. susah sekarang nk cari org beradap bila pegang steering.”

“bersyukur la kebetulan dreba lori tue jenis penyabar,kalau jumpa yg jenis baran,mesti jadik punya kat simpang tue..”

“Api lawannya Air. Kalau abg lori ni lawan boleh makin parah. Tapi dia cakap sopan dan beradab hati pun tenang.”

Baca juga : “Signal Pun Malas Bagi”-Rakaman Kereta Disodok Lori Sehingga Tercabut Bumper Buat Netizen Puas Hati

Baca juga : Tong Hitam ‘Terbang’ Dari Lori, Kereta Mercedes Jadi Mangsa Buat Ramai Yg Simpati

Lihat klip rakaman di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga komen netizen :

@amryshah86 : Tak ada driver lori suka2 nak masuk kawasan kampung…tak salah jalan,mungkin salah tgk waze…

@Aseng Chang : kalau dekat sabah bebas jak pun kalau lori tu jalan mana dya nak….

@semi jowo : bukan suka2 lah kadang ikot waze dia bagi jalan bukan tau lori ke kereta yang kita bawak adap jaga.aku drive lori

@paktamshariljohar : orang tua memang camtu suara jer kasar dia menegur tapi abg lori pun terbaik cakap sopan

@aboypulut : memang tiada kilang area situ. ada pun dekat jalan dalam menghala pekan telok panglima garang.

@YIEEZA8991 : larh nma lgi salah jlan,dia pn ckap fistime..nk wt mcm lgi,xkn nk tngal lori kt situ

@deq_emma : Jalan kampung umah kami pon depa masuk bawak punya laju.. tak pk ke jalan kg kottt.. dok bawak laju2 .. langar ank orang cm mna..

@JEBAT Nusantara : Amboiii mentang2 masuk kg dia,ko tggu masuk kg aku lak,habis kalau lori tak blh msk kg mcm mn nk buat rmh,htr perabot bagai

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber : Tiktok dan Instagram