Seorang wanita kemurungan selepas tidak mengetahui status kiriman wang berjumlah RM10,000 untuk keluarganya di Indonesia memuncak apabila cuba membunuh diri di banglo majikannya di Taman Yayasan.
Mangsa dilihat berdiri di bumbung tingkat dua banglo itu dalam kejadian kira-kira jam 9.52 pagi. Wanita tersebut adalah dikatakan bagi membiayai perubatan nenek kepada wanita yang berusia 26 tahun.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supertinden Ramli Kasa mengatakan, berdasar siasatan mendapati wanita warga asing itu memperoleh pendapatan sehingga RM1,600 sebulan sebagai pembantu rumah.
Katanya, dia masih bujang dan telah bejerha di negara ini sejak 18 bulan lalu dan mendapat berita daripada ahli keluarga mengenai keadaan neneknya yang sakit.
Baca lagi: Akibat Simpan Duit Dalam Tin Milo, Warga Emas Hilang RM300 Ribu Sekelip Mata Dimakan Anai-Anai
Baca lagi: Ini Cara Mudah Untuk Anda Simpan Duit, Mari Lihat Langkah-Langkah Nya
Lihat juga video dibawah:
“Justeru, wanita itu kemudian meminta kepada majikannya membuat kiriman wang berjumlah RM10,000 dari pemotongan gaji bagi tempoh beberapa bulan sebagai pembantu rumah”
Beliau memberitahu bahawa selepas permintaan itu ditunaikan didapati majikannya berusia 56 tahun telah menunjukkan bukti kepada wanita tersebut dan meminta agar tidak terus bimbang.
Kata Ramli, wanita tersebut kemudiannya cuba menghubungi ahli keluarganya di Indonesia bagi mendapat kepastian sama ada wang tersebut telah diterima atau belum.
“Namun, wanita itu gagal menghubungi ahli keluarganya dan membuatkannya resah sebelum bertindak cuba membunuh diri dari tingkat dua rumah majikannya itu”
“Bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan selepas anggota dan pasukan bomba memujuknya, kemudian dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk pemeriksaan selanjutnya”
“Hasil pemeriksaan mental mendapati keadaan wanita itu stabil dan kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut 309 Kanun Keseksaan”
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Sarang Burung