Home News Pemilik Rumah Lepaskan Anjing Garang, Elak Bekalan Elektrik Dipotong

Pemilik Rumah Lepaskan Anjing Garang, Elak Bekalan Elektrik Dipotong

0

Tunggakan bil sebuah rumah mencecah sebanyak RM6,000 menyebabkan syarikat tenaga menghantar kakitangan untuk memotong sambungan elektrik ke rumah berkenaan.

Menurut laporan Sinchew, pemilik rumah di Ulu Sungai Merah, Sibu gagal melunaskan bayaran elektrik sehingga RM6,OOO meskipun telah berulang kali diminta berbuat demikian.

Kisahnya beberapa kakitangan dihantar untuk memotong bekalan elektrik ke rumah berkenaan namun pemilik rumah bukan sahaja tidak mahu membuka pintu, malah bertindak melepaskan anjing garang untuk menghalang tugas tersebut.

Bimbang dengan keselamatan mereka, kakitangan berkenaan segera meninggalkan tempat kejadian. Akhirnya, syarikat tenaga itu meminta bantuan pihak polis dan pihak berkuasa tempatan.

Pemilik Rumah Lepaskan Anjing Garang Elak Bekalan Elektrik Dipotong sss

Dua puluh orang dari tiga unit telah datang ke rumah tersebut. Bagaimanapun kali ini pemilik rumah sedia bekerjasama dan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Selepas rundingan, pemilik berjanji akan membayar separuh tunggakan bil rumahnya bagi bulan ini dan bulan hadapan menyebabkan sambungan elektrik ke rumahnya tidak dipotong.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: SAJA