Sebut sahaja K-pop pasti ramai mengetahui bahawa bintang-bintang idol serta kumpulan-kumpulan muzik K-pop mempunyai berbillion peminat di serata dunia. Mereka akan mendapat jumlah tontonan (view) yang berjuta-juta dari peminat di seluruh dunia setiap kali mereka memuat naik muzik video terbaru dan apa-apa sahaja maklumat di laman YouTube milik mereka.
Pengikut-pengikut mereka begitu ramai sekali di semua laman sosial kepunyaan mereka. Tidak kiralah Facebook, Instagram, YouTube, Twitter dan pelbagai laman sosial lainnya. Pesona mereka terlalu ampuh untuk ditandingi oleh artis-artis antarabangsa lain.
Antara nama dan gergasi besar industri K-pop dari Korea Selatan adalah BTS, IU, Lim Young-woong, dan juga Blackpink.
Pada tahun 2022 BTS dinobatkan sebagai artis yang mendapat tontonan paling tinggi dalam sejarah YouTube. Kumpulan K-pop kegilaan ramai itu mendapat kiraan tontonan sebanyak 26.7 billion tontonan dan menewaskan artis-artis dengan nama besar lainnya di peringkat antarabangsa. Bintang dari Korea Selatan ini menewaskan Justin Bieber dan Ed Sheeran masing-masing di kedudukan yang ke-2 dan ke-3. Jauh ketinggalan ke belakang juga bintang-bintang popular lainnya seperti Bad Bunny, Taylor Swift, Katy Perry, Shakira dan juga Eminem.
Apa yang mengejutkan ialah, kumpulan K-pop tersohor dari Korea Selatan ini mendapat tontonan tertinggi bukan dari masyarakat Korea Selatan itu sendiri. Pengaruh BTS lebih besar di luar negara apabila jumlah tontonan tertinggi YouTube mereka datang dari pada peminat-peminat dari negara Jepun, India dan Mexico.
Menurut carta YouTube yang dikongsi oleh Cinewood Hub, lebih 27 juta tontonan adalah daripada negara Jepun dalam tempoh 24 jam sahaja, lebih 24 juta tontonan adalah peminat-peminat dari negara India, manakala dalam tempoh 24 jam sesebuah muzik video dilepaskan di YouTube rasmi BTS, peminat dari Mexico sekurang-kurangnya mencatat jumlah tontonan sebanyak 14.4 juta.
Walaupun BTS merajai carta nombor satu dunia untuk artis yang paling banyak ditonton di YouTube, IU menjuarai hati peminat-peminat di Korea Selatan apabila penyanyi cantik manis itu mendahului jumlah tontonan di negara sendiri dengan jumlah tontonan sebanyak 449 juta.
IU mendapat jumlah tontonan dari serata dunia sebanyak 909 juta. Tidak juara di mata dunia, tapi juara di negara sendiri, hebat bukan?
Artis yang mendapat tempat kedua di hati para peminat Korea Selatan adalah penyanyi lelaki iaitu Lim Young-woong dengan jumlah tontonan di YouTube miliknya sebanyak 390 juta tontonan dari masyarakat Korea Selatan manakala mendapat 419 juta tontonan di peringkat global.
BTS pula jatuh ke tangga ke-3 untuk tontonan di Korea Selatan apabila hanya mencatat 353 dari peminat negara sendiri. Kumpulan peminat BTS yang paling besar datang dari negara matahari terbit iaitu Jepun.
Balckpink pula adalah artis dari Korea Selatan yang mendapat tempat kedua secara global (dari Korea) dengan jumlah tontonan yang paling ramai adalah dari peminat-peminat dari negara India. Secara global, Blackpink ditonton sebanyak 7.02 billion tontonan.
Baca Lagi: Diet Cara Artis Korea, Sanggup Ke Tidak?
Baca Juga: 4 Pelakon Korea Yang Handal Memasak