Home Kdrama/Kmovie Movie Peminat Filem Hijack 1971 Pasti Menyukai Filem Baru Netflix “Good News”, Kisah...

Peminat Filem Hijack 1971 Pasti Menyukai Filem Baru Netflix “Good News”, Kisah Rampasan Pesawat

0

Pihak Netflix baru sahaja mengumumkan tentang filem Korea original terbaru mereka yang bertajuk Good News pada Jumaat, 27 September 2024. pihak Netflix juga telah mendedahkan nama-nama pelakon utama bagi filem ini.

Sul Kyung Gu melakonkan watak sebagai seorang penyelesai masalah/ fixer misteri. Pelakon itu juga pernah bekerja dengan pengarah Byung Sung Hyun sebanyak tiga kali iaitu melalui The Merciless, Kingmaker, dan Kill Boksoon. Pelakon itu juga pernah membintangi siri Netflix Original The Whirlwind dan filem Yaksha: Ruthless Operations.

Hong Kyung pula akan membawa watak sebagai Leftenan Satu Tentera Udara. Pelakon itu telah membintangi Kdrama seperti Weak Hero Class 1, D.P, Hotel del Luna, dan siri Disney+ Revenant.

Ryoo Seung Bum memegang watak sebagai pegawai kerajaan. Pelakon itu terkenal kerana membintangi filem seperti The Net, The Berlin File, dan Perfect Number. Selepas berehat selama tiga belas tahun dari kaca televisyen, pelakon itu membintangi siri Kdrama 2023 Moving dan menerima pujian yang sangat tinggi untuk peranannya sebagai Frank.

Ramai peminat meluahkan rasa tidak sabar mereka dalam menantikan tayangan filem ini. Mari sama-sama kita lihat sinopsis, senarai pelakon, dan juga tarikh tayangan filem Korea Good News ini.

 

1. Sinopsis filem Good News

Netflix

Good News mengambil latar tahun 1970 di Korea Selatan. Filem ini mengisahkan tentang sebuah operasi rahsia untuk mendaratkan kapal terbang yang telah dirampas dengan pelbagai cara.

Seorang penyelesai masalah/ fixer (Suk Kyung Gu) akan bekerja sama dengan Leftenan Satu Tentera Udara (Hong Kyung) untuk menyelamatkan kapal terbang tersebut. Sementara itu, pegawai kerajaan (Ryoo Seung Bum) adalah ketua operasi rahsia tersebut.

 

2. Senarai pelakon filem Good News

Good news

Filem ini akan diarahkan oleh Byun Sung Hyun yang pernah mengarahkan Kill Boksoon (2023) dan The Merciless (2017). Sementara itu, baru tiga orang utama Good News sahaja yang diumumkan, iaitu sebagai berikut Ini:

Sul Kyung Gu sebagai seorang penyelesai masalah/ fixer
Hong Kyung sebagai Leftenan Satu Tentera Udara
Ryoo Seung Bum sebagai pegawai kerajaan

 

3. Tarikh tayangan dan platform yang menyiarkan filem Good News

16a14f06 c42b 43e5 ac2d 1f3b59336f93

Hingga kini, Netflix belum mengumumkan bilakah tarikh tayangan filem Good News. Namun, sudah disahkan bahawa filem arahan Byun Sung Hyun ini akan ditayangkan di Netflix.

Para penonton yang menyukai filem Hijack 1971 (2024) pasti akan jatih hati dan sudah tidak sabar menantikan tayangan Good News ini. Maklumat lanjut mengenai filem ini bakal menyusul, nantikan ya!

Baca lagi: Memukau dalam Parasyte: The Grey, Jeon So Nee Bakal Muncul dalam 3 Kdrama Akan Datang Ini
Baca juga: Bosan Menunggu “On-Going” Kdrama? Binge-Watch 4 Filem Menarik Ini Di Viu

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here