Februari ini, Netflix sedia mempersembahkan rancangan yang pastinya tidak kurang menarik berbanding bulan sebelumnya.
Akan ada banyak rancangan menarik, bermula dari drama, dokumentari, rancangan realiti, hinggalah genre thriller.
Pencinta genre thriller, jangan lepaskan 10 tajuk siri dan filem yang disiarkan di Netflix pada Februari 2025. Terdapat filem yang diadaptasi daripada manga juga!
1. Berlatarkan tahun 1990-an, filem Korea genre thriller Bogota: City of the Lost (5 Februari 2025) mengisahkan tentang seorang pemuda yang hidupnya berubah selepas dia menemui pasaran gelap Colombia.
2. Seorang pengawal penjara yang terperangkap dalam rusuhan mesti menyamar sebagai banduan untuk terus hidup di siri genre thriller Prison Cell 211 (5 Februari 2025)
3. Siri Jepun genre thriller Golden Kamuy 2: The Hunt of Prisoners In Hokkaido (6 Februari), mengikuti pemburuan simpanan emas tersembunyi di Hokkaido, Jepun. Siri ini berlatarkan filem Golden Kamuy dan berdasarkan manga.
4. Siri genre thriller, Cassandra (6 Februari 2025) mengisahkan sebuah keluarga yang terperangkap di dalam rumah di bawah kawalan pembantu maya yang akan melakukan apa sahaja untuk mengurung mereka.
5. Seorang detektif Stockholm yang bercuti di resort ski terpaksa bekerja untuk menyiasat kehilangan seorang gadis muda dalam siri genre thriller, The Are Murders (6 Februari 2025)
6. Siapa suka seram Thai? Jangan ketinggalan filem genre thriller seram Death Whisperer 2 (7 Februari 2025) yang mengisahkan seorang lelaki mencari roh jahat yang membunuh adiknya.
7. Dokumensiri baharu Surviving Black Hawk Down (10 Februari), mengisahkan Kisah Sebenar Disebalik Filem Perang Klasik.
8. Membawa tema politik, Zero Day (20 Februari 2025) tertumpu kepada bekas presiden AS yang menyiasat serangan siber. Dibintangi oleh Robert De Niro, anda tahu!
9. Diadaptasi daripada manga Oni Goroshi, Demon City (27 Februari 2025) mengisahkan seorang pembunuh upahan yang membalas dendam selepas kehilangan isteri dan anaknya.
10. Squad 36 (28 Februari 2025) mengisahkan seorang pegawai polis yang menyiasat beberapa siri pembunuhan yang meragut nyawa pegawai dari unit elit.
Daripada tajuk di atas, Cassandra, Demon City, dan Zero Day adalah tiga tajuk yang paling dinanti-nantikan oleh pencinta filem. Jangan lupa catat tarikh siaran, okay!