Pada 7 September, DIVEs (fandom IVE) melalui Twitter telah menyuarakan pendapat dan kebimbangan mereka tentang ahli Liz dan Starship Entertainment.
Semasa idola K-Pop melalukan persembahan, peminat bukan sahaja tak sabar menantikan persembahan ahli tetapi juga pakaian, visual mereka dan lebih-lebih lagi, ‘ending- fairy’ di setiap akhir persembahan.
Selepas dua minggu mempromosikan lagu “After Like”, IVE berjaya mempamerkan daya tarikan mereka melalui ‘ending-fairy’ solo mereka. Walau bagaimanapun, beberapa DIVEs menyedari IVE Liz masih belum mendapat ‘shoot ending- fairy’ tersebut.
Oleh sebab itu, fandom mula memanggil Starship Entertainment di Twitter dengan menganjurkan hashtag, #LIZ_ENDINGFAIRY
#리즈를_엔딩요정으로_만들어라, BERIKAN KAMI ENDING FAIRY LIZ.
Before the promotion for After Like ends, we would like for Liz to get a chance to be an Ending Fairy. 💚
We have prepared these tags in hopes to be heard.
GIVE US LIZ ENDING FAIRY #LIZ_ENDINGFAIRY#리즈를_엔딩요정으로_만들어라@showchampion1 @IVEstarship pic.twitter.com/zr8BYdgveh
— hiatus (@IVELIZUPDATES) September 6, 2022
Berkemungkinan besar, IVE akan membuat persembahan terakhir mereka di Show Champion, jadi peminat sangat berharap agar, Liz mendapat tempat untuk melakukan ‘Ending Fairy’ itu.
Ini bukan kali pertama orang merasakan Liz diketepikan dan dilayan dengan buruk. Peminat sebelum ini juga menyatakan bagaimana Liz adalah satu-satunya ahli yang tiada gambar solo selepas lagu “After LIKE” dikeluarkan.
Jang Wonyoung dan Leeseo menunjukkan visual mereka yang cantik dan telah muncul dalam edisi September Marie Claire Korea. Selain itu, ketua IVE, An Yujin, menunjukkan kecantikannya untuk W Korea Edisi September.
Baca lagi: Yoona Girls Generation Naik Berat Badan Hanya Sebab Ini?!
Baca lagi: “Cantik Dari Azali”- Netizen Puji Kecantikan Gambar Graduasi Mendiang Sulli f(x)
Anggota Jepun, Rei juga turut mengeluarkan gambar fesyen sensual menerusi Arena Homme Korea edisi September.
Akhir sekali, Gaeul yang baru-baru ini telah mendapat perhatian besar daripada peminat dan telah bergambar secara solo buat pertama kali menerusi terbitan Elle September.
Disebabkan ini, ramai peminat kecewa kerana Liz seorang sahaja dalam kalangan enam ahli yang tidak gambar solo.
Agak-agak dapat ke peminat nak tengok ‘Ending-Fairy’ Liz?